Wednesday 13 June 2012

MARI BERKONGSI :: IKHLAS

Dalam Kamus Dewan, maksud perkataan ikhlas ialah hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura....
Ungkapan ikhlas menggambarkan pengertian tentang bersih, jernih, murni, dan suci daripada pencemaran sifat lain....

Ikhlas merupakan suatu sikap yang sukar dicapai oleh seseorang tanpa kesungguhan dan istiqamah... Ia bukan dihitung melalui banyaknya seseorang mengerjakan amalan atau lafaz keikhlasan yang diucapkan... Marilah kita ikhlaskan diri dalam melakukan semua perkara seperti berkawan mahupun berteman... Apabila sesuatu perkara dilakukan dengan niat tidak ikhlas, hasilnya amat merugikan, menyedihkan dan mungkin menyakitkan...

Ambillah ikhtibar daripada Rafiq yang pernah tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu.... Seperti mahu diputar masa agar kembali masa lalu...melakukan sesuatu yang benar-benar ikhlas kerana Allah terhadap seseorang...
Tetapi niat yang tidak ikhlas terlintas di dalam hati menyebab segalanya berubah... Tidak ada lagi kepercayaan apatah lagi ruang untuk memohon peluang.... Semuanya sudah terlambat, tidak ada langsung usaha yang mampu menembusi hati yang sudah berpaling... Tibalah masa merasa balasannya! Menyesal ialah jawapan yang pasti dan menyakitkan...

Pada rakan-rakan gunalah peluang dengan seikhlas mungkin kerana Allah sebelum terlambat.... Ketahuilah bahawa ikhlas itu tidak sesukar mana tetapi perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan memerlukan sikap istiqamah yang tinggi. Ambil pengajaran dan ingatlah, ikhlas kerana mahukan balasan daripada Allah.

7 comments:

Hana said...

nak buat sesuatu kerja kena ikhlas. kalau dia xikhlas xyah buat kerja tu..masuk bab bertanggungjawap plak..

Aimacomel said...

yelah, buat sesuatu tanpa hati ikhlas hanya merugikan diri shj, apa pun tak dapat sebenarnya kan..
baby follow sini ye ;)

dariilhamkehati said...

hem , betul tuh , tapi nak ikhlaskan diri tuh bukan senang ...

salam singgah dari CP :)

entry baru : http://dariilhamkehati.blogspot.com/2012/06/fenomena-last-paper.html

Cendol said...

wah suke entry ni..
bile buat keje ikhlas msti mau sungguh sungguh kannn

Ruse Sulaiman said...

T.kasih. Singgah kembali. Nice blog

DrFIO said...

Saya buat kunjungan balas...dah follow juge :)

Lokman said...

terima kasih follow blog infinity dengan seikhlas hati ^_^..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...