Tuesday 12 February 2013

PERGINYA IMAM HASAN AL-BANNA

Hari ini 12hb februari adalah tarikh perancangan pembunuhan Imam Hasan Al-Banna...

Beliau dibunuh kerana ditembak pada waktu tengah hari 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan pertubuhan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan tidak diberikan rawatan semasa dalam keadaan tenat.  Pembunuhan beliau  dirancang oleh polis rahsia kerajaan.
Dinasihatkan rakan-rakan dapat google rentetan peristiwa pembunuhan kejam Hasan Al-Banna, supaya kita tahu sedikit sebanyak kisah ini.
Anda perlu tahu kisah ini dan perlu tahu kehebatan Imam Hasan Al-Banna supaya sedar sejauh mana komitmen kita terhadap islam dalam tempoh usia yang dimiliki sekarang.

Di antara para tokoh, dia adalah sumber inspirasi. Di antara para pemimpin dia adalah tenaganya. Di antara para ulama dia adalah panglima dalam berhujah. Di antara para filosuf dia adalah rujukannya. Di antara para pemidato dia adalah singanya dan di antara para penulis dia adalah dutanya. Pada masing-masing bidang dia muncul sebagai watak yang istimewa.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...