Monday 17 December 2012

BERFORUM LAGI


17/12/ 2012.... Hari terakhir kelas BM untuk sem ini... Tirai ditutup dengan tugasan forum bertajuk "Muslim dan Globalisasi"....

Pengalaman mestilah ada.... bercakap dihadapan, merapu bende2 yang membuatkan penonton xpaham, resah, tengok sister angguk2 tanda paham (tah paham tah tak) , rase mase berjalan lambat..... semuanya muncul bile ade dihadapan.....
Tetapi semuanya adalah satu ilmu yang rare  a.k.a  berguna....


Yang paling penting, dapat merapatkan ukhwah sesama kita (^_^)





Gaya penting bah, bia org xpaham pun kita cakap apa....






Ahli panel dan modaretor a.k.a Classmate

Ulasan pendek daripada forum  yang dapat saya kongsikan :
 -jangan tinggalkan Allah dalam perjalananmu.... Memang kita perlu mencari akhirat tanpa mengabaikan   dunia... seperti kata-kata Sheikh Taufiq "genggam dunia pada tanganmu, letakkan akhirat di hatimu "

#Pic credit to sister Arzian, and sister Syuhada Hamdan yang senyum sokmo dlm kelas (^_^)
 


Sunday 9 December 2012

CARA MENENANGKAN HATI

Tentulah dalam islam sendiri ada cara menenangkan hati seperti mengambil wudhuk, solat sunat, sebut nama-nama Allah, dan mendengar kalimah-kalimah suci Al-quran. Mestilah method tu available untuk semua orang dan memang disarankan....

Tapi kita mesti ada cara kita sendiri kan contoh macam tidur, main game, jalan-jalan....

Haaa, nie cara saye... Kita sharing-maring, ok... :

1. Pada ice-cream lovers mcm saye, bole laa layan ice-cream time susah hati. Berkesan, cayelah....
   


2. Katakan lah tibe-tibe tension waktu malam.... Buka tingkap, tengok bulan dan bintang.... Tengok 2 ciptaan Allah ni memang xkan bosan... Akan wujud ketenangan dalam hati dan syukur dapat melihat keindahan perhiasan malam.... Rasa runsing akan terhindar sikit-sikit... InsyaAllah... (^_^)
 *tapi kalo hujan, disarankan untuk tidak membuka tingkap...haha



Saturday 1 December 2012

PENGHAPUS DOSA


Tika diri dilanda musibah atau kesakitan, sedarlah bahawa Allah menyayangi kita dengan memberi ujian agar hamba-Nya kembali menadah tangan kepada pencipta...... 


Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Kesakitan akan membersih diri daripada dosa.....Teruskan lah mencari Redha Illahi, rebutlah masa yang masih ada, istiqamahlah dalam melaksanakan kebaikan.....Istiqamah bukan hanya bermaksud berterusan, tetapi berterusan DAN ada peningkatan ke arah yang lebih baik,  bukan hanya pada takuk atau tahap yang sama......


#pic credit to N.A

Saturday 24 November 2012

PERHIASAN TERBAIK BAGI WANITA

Malu ialah perhiasan terbaik bagi wanita.
-ustaz syed Nurhisyam Al-idrus


Segala yang ada pada wanita tentulah mahal dan sesungguhnya perhiasan terbaik  di atas muka bumi ini ialah Wanita. 

 So jagalah/ lindungilah/ coverlah  diri kamu wahai wanita dan juga kamu wahai  bakal teman hidup saye yang berada entah di mana tu…  (^_^)




Thursday 22 November 2012

INDAH ATAU TIDAK... ALLAH BERI YANG TERBAIK


Adakalanya, jalan di hadapan kelihatan samar kerana kabus tebal menghalang pandangan. Lalu kita pun bimbang meneruskan perjalanan kerana tidak mahu apa yang sedang menanti di sebaliknya. Hakikatnya, kita memang tidak pernah tahu apa yang sedang menanti kita, namun yakinlah, indah atau tidak, pasti ada kebaikanya dalam keduanya. Allah hanya memberikan yang terbaik kepada hamba-hambaNYA.

-ibnu mussal





Saturday 17 November 2012

PLEASE PRAY =(


Ringankan mulut  berdoa untuk saudara kita di Gaza.... Tolonglah berdoa untuk mereka... Inilah tugas kita yang berada jauh dari mereka.... Doa senjata kita... Kita ada Allah !!!
Moga Allah meletakkan rasa gentar dalam hati musuh-musuh islam...


i don't care if you're not from that areanever been to that area,or even know anybody in that area,just know that your fellow muslim, brothers and sisters are struggling and dying!!take 5 minutes to raise your hand to Allah...to help all our muslims, please brothers and sisters around the world........................................



Friday 16 November 2012

BELAJAR MELUPAKAN...

Ada kalanya belajar melupakan seseorang atau sesuatu lebih baik daripada terus sakit menunggu atau diabaikan...

Insan yang kita kejar bersungguh-sungguh akan terus meninggalkan kita,,,, hanya mampu menoleh bila disapa... kemudian kembali  dengan dunianya tanpa menghiraukan kita dan mungkin hanya sekumit ingatan tentang kita...

 Belajarlah mengingati Allah dan Rasul... Allah pencipta perasaan ini , Maha Agung.. Rasulullah di saat kematian mengingati kita... Tidak cukupkah lagi tanda cinta Rasullullah terhadap umatnya???

Dalam bercinte, jadilah seperti askar.. Berjuang bersungguh-sungguh apabila tiba masanya dan letak senjata apabila tahu saat tiba kekalahan... Tidak guna berjuang bila tahu kesudahannya dan siapa pilihanya....

Ayat-ayat macam ni lah penahan hati dari jealous.....


Sunday 11 November 2012

NASIHAT



"Nasihatilah diriku dikala aku sendiri, janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat di dihadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu"
(Imam Syafie)


Jika ada rakan-rakan atau insan yang menasihati kita, ingatlah bahawa Allah sayangkan kita… Allah beri kekuatan kepada insan tersebut untuk menasihati kita… Agar kita tidak tersesat , terus melakukan kesalahan yang sama atau melakukan perkara yang tidak diredhai oleh Nya…






# Credit  to Nooraini Ahmad for words from Imam Syafie (^_^)


Sunday 4 November 2012

AHWALUL MUSLIMIN AL-YAUM

Ahwalul muslimin Al-yaum bermaksud keadaan masyarakat masa kini..... Kita perlu faham dan ambil bahagian dalam permasalahan yang melanda umat kini dan janganlah asyik Ber-Fifa, PES, buat hal sendiri sampai hal sekeliling buat dono jeh... Bila dah terkena diri sendiri, baru nak melatah and sewaktu denganya.....  Bersama mencari jalan penyelesaian dan utamakan resolusi berpandukan Al-Quran & sunnah dan  HARUSLAH dilaksanakan dengan penuh iltizam... (^_^)


Cakap, taip, memang dikatakan mudah.... Senang-senang je babitkan Al-Quran, sikit-skit Al-Quran... Tapi itulah realitasnya.... Terimalah bahawa kita Agama Islam yakni Sejahtera jika menganutnya... Sedarlah bahawa Malaysia, negare kita sentiasa mengalami masalah sosial... semua tahu, tapi tindakan??

Tak masuk cerita murtad lagi....  Kes Aishah Bukhari, Azlina Jailani, & Hartina Kamaruddin memang kita tahu cerite-cerite ni... FYI, tiga-tiga insan ni di didik atas asas agama yang kuat dan tukar agama kerana percintaan...  So, macam mana tiga-tiga ni boleh terjebak walhal punya basic agama yang kukuh??
Konklusinya, usaha jaga agama juga perlu ada... yang ade basic kuat pun boleh lupa siapa pencipta apatah lagi yang biasa-biasa nih....


Renungan bersama sebagai seorang muslim , Rakyat Malaysia dan penyokong Harimau Malaya... (^_^)


Sunday 28 October 2012

DR ZAKIR NAIK.. TALK AT PWTC

Zakir Abdul Karim Naik  is an Indian public speaker on the subject of Islam and comparative religion. He is the founder and president of the Islamic Research Foundation (IRF), a non-profit organisation that owns the Peace TV channel based in DubaiUAE. He obtained a Bachelor of Medicine and Surgery at  University of Mumbai.

Dr Zakir Naik has held many debates and lectures around the world. After his talk, many people non muslim convert to islam... (^_^)









Sebab dah penuh tempat solat, sebelah tempat duduk pun boleh solat berjemaah...
Islam is easy right?? (^_^)










Moga islam tersebar diseluruh pelusuk bumi dan bersyukurlah wahai insan-insan yang telah lahir dalam islam... (^_^)



##Kredit to empunya kamera yg bagi pinjam  kat saye  =P
               *Ikram Razak & Muhammad Fadhli Rizwadi

Sunday 21 October 2012

STABAZ 2012

Stabaz (Stall and Bazaar) dengan sempena Convest (Convocation Fiesta).... O
Student yang join Stabaz dapat laa rase sendiri pengalaman berniaga.... Bukan senang nak dapat pengalaman buka kedai, panas dan sejuk bawah khemah, kerenah pelanggan lagi....  Semua akan membantu diri sendiri pada masa akan datang....


Ini 1st time saye datang Stabaz....Paling teruja dekat Stabaz sebab :








Iklan-iklan atau peringatan ni digantung sekitar kawasan Stabaz....thumbs up UIA (^_^) ...
Moga islamic surrounding terus terlaksana di UIA a.k.a IIUM.... Biarlah mula daripada benda yang kecil, nampak remeh, lain dari institusi pendidikan yang lain... Tapi tetap akan memberikan kesan yang positif....



Nie artis jemputan... Ramli Sarip... Style jgk lah... Suara serak-serak basah...hehe


Suasana Stabaz dari atas bukit....


Moga perjalanan universiti  menjadi taman ilmu dan budi terus mendapat perlindungan-Nya.... (^__^)


# Picture Kredit to IKRAM RAZAK... empunya kamera...hehe


Wednesday 17 October 2012

SI KENIT

Kisah Si Kenit ini lebih kepada seekor penguin......


Penguin jantan dan betina akan merentas kawasan antartika beribu batu untuk mencari pasangan hidup.....Selepas beberapa ketika menjumpai pasangan yang sesuai, akan lahirlah generasi yang akan menyambung spesis mereka....


Sebelum Si Kenit lahir, ibunya akan keluar mencari makanan manakala si bapa pula akan mengeram telur yang insyaAllah akan melahirkan Si kenit....Si bapa akan mengeramkan telur selama 65 hari, berdiri secara statik, suhu sekeliling yang terlalu sejuk dan hinggakan berat badan si bapa akan hilang separuh....



Selepas Si Kenit melihat dunia, mulalah tugas si bapa mengajar Si Kenit mengenal erti hidup....
 Si Kenit akan senantiasa berada di atas kaki si bapa untuk belajar berjalan..... Bermulanya dengan langkah kecil hinggalah saat Si Kenit mampu bejalan dan bangkit semula...

Dan pesanan si bapa kepada anaknya, moga kamu dapat bekorban lebih dari ini.....



Sedarlah wahai Si Kenit, ingatlah jasa ibu bapa mu, balaslah dengan sedaya mungkin.... Jadilah yang terbaik...Gunalah peluang yang ada menimba ilmu dan mencari pengalaman....


Terdapat sebuah kisah lain betapa besarnya pengorbanan seorang ibu....
Seorang ibu yang lumpuh mahu menunaikan haji dan anak lelakinya menangkat ibunya sepanjang proses melaksanakan haji... tawaf, sai dan sebagainya... Selepas semua ini dilakukan, pemuda atau anak lelaki tersebut datang kepada Rasulullah s.a.w... "ya Rasulullah, adakah aq telah membalas semua jasa ibuku setelah apa yang telah aq lakukan???" Rasulullah menjawab, "sedarlah kamu bahawa, kamu hanya membalas sedkit sahaja daripada apa yang kamu lakukan"


Tenangkan fikiran,lapangkan dada....Jadilah insan yang dirahmati oleh Allah... Usahalah menjadi yang terhebat di sisi Allah....Hanya Allah mampu melihat apa yang kita lakukan...


-Daripada : kami a.k.a saya... (^_^)



Thursday 27 September 2012

HEBATNYA AL-QURAN

Seperti yang kita tahu, sudah terserlah kehebatan Al-quran....Cuma ada yang mahu terima atau tidak sahaja... Yang bakal diceritakan mungkin ada yang sudah tahu, ini sebagai perkongsian sahaja....(^_^)


Dalam 6 perkara rukun iman, apa yang kita nampak secara fizikal??? Percaya kepada kitab?? kan??
5 perkara lain dalam rukun iman, kita tidak dapat kesan dengan pancaindera

Proses kejadian alam semestar juga ada terkandung dalam Al-Quran... Antaranya :

1) Bumi berbentuk Geosfera
     -ini tertulis di dalam surah An-Naziat


2)Cahaya bulan adalah cahaya pantulan bukan cahaya sendiri
     -Surah Al-Furqan




3) Matahari mengelilingi pusat bima sakti dan berputar pada paksinya
    -Surah Anbiya



Terlalu banyak maklumat, kisah, rahsia tersirat yang dapat diungkai daripada Al-Quran.... Peringkat pertama kita perlu membaca Al-Quran...Kedua, kita perlu memahami maksud yang terkandung dalam setiap perkataan, ayat dan surah....Ketiga, kita mengamalkan apa yang difahami dalam hidup (^_^)

Bacalah Al-Quran, biarlah sedikit, tersangkut...Bukan yang tersangkut itu dinilai oleh Allah...Usaha dan niat yang ikhlas paling utama....Makanan rohani juga perlu diisi..... Biarlah sedikit, sikit-sikit lama-lama  jadi banjaran....huhuhu...

Renungan untuk diri sendiri yang tersangkut membaca dan perkongsian bersama rakan-rakan....(^_^)

Monday 24 September 2012

AL-FATIHAH

Mari kita sedekahkan surah Al-fatihah kepada arwah Sukardi Bin Ma'ruf... Atok kepada  teman saya...
Kita rajin sedekah, orang akan balas balasan yang sama... Ucapan di bibir yang mudah jika sukar dilafaz, jangan mengharap lebih pada orang lain jika sesuatu berlaku pada kita.....
Renung-renungkan......

Saturday 15 September 2012

NEW FRIEND PART 1



 His Islamic name is Sohib....Russian name Sokhib Arkhamdiev... Hardworking muslim...
Nanti saye update lagi tentang Uiam....kalau rajinlah time tu....(^_^)


Bile lah nak jumpe teman hidup, nih.....=,= hehehe

Monday 20 August 2012

SELAMAT HARI RAYA


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin...
Mintak maap laa geng kalo ade salah taip ke, ade komen spam ke, iklan tak klik ke and sewaktu dengannya ke...mohon dimaafkan.... (^__^)

Friday 10 August 2012

BASKIN OH BASKIN ROBBINS OH ROBBINS

COMENTAR : Kedudukan sekarang ialah Lin & 20 dan Lee Chong wei 19.......                          
                         Pertarungan makin sengit dan  Lin & nampaknya sudah berada dalam keadaan selesa  
                         sekarang.... Apakah Lee Chong wei
                          mampu memenangi perlawanan ini??? dan.. dan.. dan.. dan....... Bulu tangkis pun             
                           terkeluar  gelanggang!!! ohh nampaknya Lin & memenangi perlawanan ini.....


SEBAHAGIAN RAKYAT MALAYSIA : Tidakkk!!!!! Baskin Robbins ku........ huk..huk..huk...=(


RAKYAT CHINA : Yeay!!!! free Kuew Tiaw!!  (^________^)


Beberapa lama lepas tu.......
Disebabkan negara telah mendapat medal pertama, ais krim baskin robbins percuma diteruskan... yahooo!!
TQ Lee Chong Wei....


Kite start dari sini?? ok?? ok x??




ok, lalu sini...




teruskan lagi....jangan putus asa...





dan buat U-turn sini.....barisan akhir  sampai betol2 sebelah baskin robbins tadi....=_=



Sebelum berbuka pun dah panjang orang beratur....lepas berbuka ni lah hasilnya...semua dah bertenaga kan........Terbatal niat nak beratur....





gi kedai lain je lah.....sedapkan hati...haha


kalo sudi, tolong klik2 iklan tu yaa....(^__^)
xdelah rase kecewe sangat...hehehe..tq

Sunday 29 July 2012

CARA MUDAH MENDAPAT "COOL BLOG"


Sukar memikir cara mendapat cool blog?? Nak blog yang sedap and sejuk  mate memandang?  Tiada idea?? 



Was-was?? atau tidak pasti??


Caranya mudah sahaja... Ikut step nih :   
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

1) Mesti buat pilihan tepat dan dengan hati yang yakin...supaya tidak timbul suatu rasa.... Yakni "RASA MENYESAL"





2) Pegi kaunter,   "kak/bang cool blog satu...saye nak chocolate oreo" 









Cara mudah dapat cool blog...mcm2 jenis ade...^_^







To makcik peminat oreo yg sama mcm saye, oreo chocolate sedap!!




Sunday 1 July 2012

MARI BERKONGSI :: BAHAGIA DUNIA AKHIRAT

Memiliki teman hidup merupakan salah satu cara hendak hidup bahagia dunia akhirat(point best nih..hehe).....
Janganlah asyik memilih yang hot, panas, mendidih...huhu
Mereka yang memilih teman hidup berdasarkan keturunan, sama seperti yahudi yang begitu bangga dengan keturunanya... Mereka yang memilih teman hidup berdasakan rupa paras, sama seperti kaum nasrani yang begitu gah dengan kecantikannya... Mereka yang memilih teman hidup berdasarkan harta, sama seperti majusi

Dah ade teman mesti ade anak kan?? kan?? kan?? Mesti nak kan??  hehehe....
Jaminan bahagia dunia akhirat ialah mempunyai anak yang soleh... Tahu mendidik bukan menternak... Caranya dengan mendisiplinkan anak mengikut islam... Contoh mudah, solat... Melalui solat terdapat banyak isi yang tersurat dan tersirat... Barulah anak cute di mata dan di hati ^_^



Seterusnya,mewujudkan persekitaran yang meningkatkan iman kepada Allah... Faham kan??
Barulah zina tidak bertambah, kes buang anak semakin berkurang... Ada yang sampai 2-3 kali buang anak, orang yang sama pulak tu... Dah tak sakit agaknye, dah luss....anak tu meluncur je keluar macam main roller coster.... Semua yang jadi ni kita dapat saham, free2 jeh... Tah dapat tah tak nak jawab nanti... Berilah ruang pada anak-anak yang cute membesar ikut syariat islam... Kita yang dah terbabas ni masih ada banyak peluang... Sekurang-kurangnya bila nyawa dah ditarik ada orang tangisi bukan syukuri... 
Renung-renungkan...^_^



**hanya pendapat diri yang selalu khilaf terhadap Allah, manusia dan teman... mohon tunjuk ajar,,,

Wednesday 20 June 2012

BENDA WAJIB TAPI X IKHLAS, MACAM MANA???

Lakukanlah benda wajib walaupun TERPAKSA... Bertudunglah walau TERPAKSA... Solatlah walau TERPAKSA... Puasalah walau TERPAKSA... Kerana kewajipan itu memang kadang-kala sifatnya terpaksa.
Daripada keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas kerana-NYA...

Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah???

Hidayah perlu dicari bukan ditunggu. Macam makanan, kalau tak suap macam mana nak masuk dalam mulut...
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah ke atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya  "  -SURAH LUQMAN, AYAT 17
"....bersabarlah ke atas segala bala bencana yang menimpamu...."
Orang yang hendak berubah memang akan dapat banyak ujian... Kebanyakannya orang sekelilinglah yang banyak mempengaruhi.... Ada sahaja yang tidak kena...Maklumlah, tak biasa tengok orang buat baik...Itulah, inilah...Orang yang nak berubah tu pun jadi tak tahan, malu...akhirnya kembali pada keadaan asal...ishhh2....... itulah sedikit maksud tersirat keratan ayat di atas...

Ramai je kawan-kawan saya yang dulu tak pakai tudung sekarang dah pakai... Alhamdulillah... Boleh je dieorang buat... Maknenya bende tu mampu dan terpulang pada diri sendiri ^_^

Renung-renungkan....=)

Wednesday 13 June 2012

MARI BERKONGSI :: IKHLAS

Dalam Kamus Dewan, maksud perkataan ikhlas ialah hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura....
Ungkapan ikhlas menggambarkan pengertian tentang bersih, jernih, murni, dan suci daripada pencemaran sifat lain....

Ikhlas merupakan suatu sikap yang sukar dicapai oleh seseorang tanpa kesungguhan dan istiqamah... Ia bukan dihitung melalui banyaknya seseorang mengerjakan amalan atau lafaz keikhlasan yang diucapkan... Marilah kita ikhlaskan diri dalam melakukan semua perkara seperti berkawan mahupun berteman... Apabila sesuatu perkara dilakukan dengan niat tidak ikhlas, hasilnya amat merugikan, menyedihkan dan mungkin menyakitkan...

Ambillah ikhtibar daripada Rafiq yang pernah tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu.... Seperti mahu diputar masa agar kembali masa lalu...melakukan sesuatu yang benar-benar ikhlas kerana Allah terhadap seseorang...
Tetapi niat yang tidak ikhlas terlintas di dalam hati menyebab segalanya berubah... Tidak ada lagi kepercayaan apatah lagi ruang untuk memohon peluang.... Semuanya sudah terlambat, tidak ada langsung usaha yang mampu menembusi hati yang sudah berpaling... Tibalah masa merasa balasannya! Menyesal ialah jawapan yang pasti dan menyakitkan...

Pada rakan-rakan gunalah peluang dengan seikhlas mungkin kerana Allah sebelum terlambat.... Ketahuilah bahawa ikhlas itu tidak sesukar mana tetapi perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan memerlukan sikap istiqamah yang tinggi. Ambil pengajaran dan ingatlah, ikhlas kerana mahukan balasan daripada Allah.

Sunday 10 June 2012

PEREMPUAN BERTUDUNG VS PEREMPUAN TIDAK BERTUDUNG

"Conversation" antara perempuan bertudung dan perempuan tidak bertudung..... Kita sendiri yang dapat menilai.....
#sebagai renungan sahaja...tidak berkaitan dengan mana2 pihak


Renung-renungkan dan selamat beramal ( ^_.^)

sumber: kakifacebook

Wednesday 6 June 2012

MARI BERKONGSI ::SEBELUM TERLAMBAT

ASSALAMUALAIKUM......

Setiap insan tidak dapat memilih dengan siapa dia dilahirkan...... Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan ada juga yang dalam keluarga yang miskin....ada yang dapat penuh kasih sayang ada juga yang sebaliknya....dan macam-macam lagi.....

Sedarlah wahai teman, ada hikmah di sebalik semua kejadian.....jangan biarkan hidup berakhir begitu sahaja.... Berusahalah semampu mungkin cipta impian yang diidamkan...... Mungkin setiap hari tidak baik dan malang bagi kita...tetapi ingatlah ada sesuatu yang baik dalam setiap hari itu..

Berusahalah....Jangan berhenti berharap.... Selagi ada peluang, selagi bernafas teruskanlah..... Berfikirlah dahulu sebelum bertindak.... Jangan jadi seperti rafiq.... Bila semuanya dah terlambat.... Bagai rasa nak menjerit sekuat hati.... Nak lepaskan segala sesalan.... Cuba berusaha semula tetapi semua itu sudah tidak diterima...... Sudah terlambat!!! Tiada lagi jalan lain.... Mahu sahaja melakukan apa saja, untuk kembali... Sanggup menahan apa sahaja, sanggup mengalah...biarlah sedikit asalkan ada ruang.....Tetapi.....  Buatlah apa pun, sudah tidak berguna.... Pintu hati sudah tertutup, tiada sedikit ruang pun....Terasa mahu ditarik nyawa ini, oeh sebab punya iman yang serba kekurangan ini fikiran waras lagi berfikir....

Kepada teman-teman, buatlah sehabis baik....sedaya mungkin.... Allah is watching...

Friday 18 May 2012

SELAMAT HARI GURU (SMK BBST) 2012


Hari ni skuad BLOG RAKYAT JELATA (chewahhh!) telah turun ke SMK BBST untuk memeriahkan sambutan hari guru....Ni lah sekolah dari aq form 1 sampai form 6....cikgu2 sekolah ni lah yg penat2 didik aq dengan kawan2....terima kasih cikgu!

Kebanyakan game berlangsung dekat dataran pengetua dengan dewan terbuka jeh....tak boleh laa jauh2 sampai padang....ade jugak cikgu yg balik awal nanti.....Kalau cikgu Bahagia tak pe lah.....fitness!!


Game mule2 kite tengok ialah game masuk gelung dlm kon......

Jom kite view2 game yg cikgu kite maen.....hehe



style lah ustazah!!
cikgu nie kalo korang x kenal, tahulah....tahap Legend dah ustazah Sabariah nih...hehe



Pabila cikgu chemi membaling gelung~~~~



bile dah bertanding, mesti nak menang....budak kutip gelung pun dah nampak macam kon...main hentam je...haha


ni cikgu practical...aq dah tahu korang nak ckp ape.... (wah,ensemnye....cutenye baling...) haha,,,


Seterusnya, game jingsaw puzzle....senang je...tp bile cikgu2 dah bergabung, harapan laa nak siap cepat....






(Sebelum)

(selepas)
 Korang pulak lah susun... bia aq tengok...haha



Next, game apple....simple je..potong kulit apple, paling panjang tanpa putus....sape paling panjang dah boleh angkat piala,,,,haha...









Ni hos acara event nih...hehe



Ni game tiup & lepas belon....paling jauh menang...rasenye laa...haha





Ni pulak karya2 pelajar untuk guru...buruk cantik bukan ukuran....yang penting ikhlas....=)







Lepas ni game best....kerusi berirama...aq agak je name game tu...haha...alaa yg kena pusing keliling kerusi tu,kalau musik berhenti, kena duduk.....haaaa yg tu lah...huhu


kalau kes macam ni, macam mana gak kire?? jawab2,,,haha





cikgu2 gembire, murid2 senang hati.....semua happy...


Nak tahu siapa Queen of kerusi berirama???

sape nih??

Saya lah yang menang tu.....saye lah queen tu...hehe



Moga ukhwah sesama kita terus terjalin....
Selagi ada masa dan peluang, hargailah guru kita...mintalah kemaafan...moga berkat hidup dunia akhirat....


Saya,rakan2, senior2, junior2...ingin mengucapkan selamat hari guru... Moga terus istiqamah mendidik tanpa rasa jemu......Guru ialah seorang jutawan  di akhirat  kelak...(^_^)

























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...