Friday 24 February 2012

REMAJA KETAGIH ILMU AGAMA

Pada 21 Februari @ 29 R'awal 1433 hijrah telah dilaksanakan tazkirah perdana bersama 2 tuan guru...
2 tuan guru tersebut ialah YB Tok Guru Dato' nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din....
Tempat program,  di stadium Bandar Baru Bangi seksyen 15....

Pehhh!!! Memang ramai laa orang....bersesak-sesak laa jugak...Penuh parking... Ade yang parking jauh dari tempat parking.., semata-mata nak join program nih...

Majoriti terdiri daripada golongan anak muda....satu petanda yang bagus..Hal ini kerana, anak-anak muda dah terbuka mata untuk mendalami ilmu akhirat dan petanda kebangkitan islam yang di bawa oleh gelombang anak muda.... Moga golongan ini akan terus mendalami ilmu-ilmu agama untuk menjadi insan terbaik di sisi Allah serta membawa transformasi dalam negara kita...
Allahhuakbar!!

Jom zo0m-zoOm gambar yg sempat admin ambil...

Ni suasana dalam dewan


pintu masuk dewan...tengok, sampi melimpah orang kat luar

Pintu masuk dewan

 

dah full kat dalam, yang  lain duduk luar...tetap setia mendengar tazkirah



 

orang ramai solat isyak selepas tazkirah tamat...sampai ke jalan raya....

Wednesday 22 February 2012

SKUAD KIJANG HANDBALL (Friendly)

Entry kali ni tentang Team Handball yg baru je wujud kat bumi nih....xsampai 1 tahun pun =,=

TEAM NAME : SKUAD KIJANG
MOTO             : SELAMBA KITA REDAH

 
Baru-baru ni ade laa join friendly...tujuan, untuk timba lebih banyak lagi pengalaman....
Sebelum ni ada join tournement untuk ke-firstnye...memang kalah laa kan... Macam baby baru lahir, tibe-tibe nak main PS3...memang x boleh laa kan....

Nak tahu x ? Adik Norshahrul Idlan Talaha join team nih.... haaa...pakai UNIFI lain kali... =)
Jom zoom gambar time event....

banyak peningkatan....yg penting pengalaman....


nie laa adik norshahrul...hehe... bakat die kat bola baling...nak buat mcm mane...hehe..
nie manager team nih....bagi lepas gian beraksi...haha




                             
fly without wing!!


Orang kuat team skuad Kijang atau kajang skuad kijang
















Yang baju hitam 3 dari kiri tu owner kedai makan kat blakang tu....die yg sponser kiteorg makan...hehe... tq2..=)


Moge usaha untuk maju akan diteruskan dan yang paling penting moge ukhwah sesama kita akan bertambah erat...


"BERSATU KITA DAPAT GOL, BERCERAI KITA OWN GOL"








Monday 13 February 2012

FAKTA?? PERCAYE JE LAH...

  • ·         Di zaman Rome, air kencing lelaki diniagakan sebagai produk pewarna rambut, dan ada ketika mereka menggunakan air kencing manusia sebagai ubat gigi…. =,=
      -patutlah tinggi2 orangnye....

    ·         Seorang wanita yang mengandung mempunyai deria yang lebih sensitive.
      -hidung emak + hidung anak dlm perut...memang x lah..huhu

    ·         Wanita lebih kerap berkelip mata daripada lelaki iaitu hampir sekali ganda.

    ·         Degupan jantung wanita lebih laju daripada lelaki

    ·         Wanita mengambil masa hampir 3 kali ganda daripada lelaki apabila menggunakan tandas


    ·         2 juta sel darah merah mati setiap saat

    ·         Tidak seperti katak, kodok tidak boleh melompat.
    -kodok jalan kangkang kot..haha

    ·         Tidak seperti  haiwan berkaki empat yang lain, kangaroo tidak boleh jalan mengundur
       - sekarang kite dah tahu rahsie kangaroo! Ko jangan buat muke pelik kangaroo!!





FAKTA MENARIK TENTANG ISLAM ( PART II )

  1.              Jasad Nabi Muhammad pernah hampi-hampir dicuri 2 kali , namun kedua-duanya gagal dan salah satu yang mencurinya dihilangkan oleh Allah dari bumi.

    2.       Jika agama lain mempunyai lebih daripada 4 versi kitab suci yang berbeza satu dengan yang lainya, maka Al-Quran hanya ada satu dan tidak ada pertentangan di dalamnya.

    3.       Kata- kata terakhir nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummati….ummati…ummati” yang mengungkapkan bertapa besar cinta baginda kepada umatnya.

    4.       Sebanyak 23 kali perang semasa Rasullah memimpim, hanya sekali kekalahan yang diderita kaum muslimin, iaitu Perang Uhud

    5.       Musa a.s adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, sedangkan Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran

    6.       Semua anak nabi Muhammad iaitu Al-Qasim, Abdullah, dan Ibrahim, meninggal dunia lebih kurang pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

    7.       Hajar Aswad diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu , dan dosa-dosa anak Adamlah yang menjadikanyan hitam.

Wednesday 8 February 2012

FAKTA MENARIK TENTANG ISLAM (PART I)

  1.       Tahukah Anda ? Ternyata nama yang paling banyak diguna di dalam dunia ini adalah “Muhammad” disusuli dengan nama  “Jack”

    2.       Albania merupakan satu-satunya negara di benua Eropah yang  90% penduduknya beragama islam
    .
    3.       Beberapa ayat di dalam Al-Quran menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dengan perempuan. Perkataan “lelaki “  dan “wanita” di dalam Al-Quran sama-sama berjumlah 24.



    4.       Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama  nombor  1 di dunia pada tahun  2030


    5.       Pemeluk islam bertambah 2.9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat jika dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% per tahun.

    6.       Seramai  8 juta orang muslim yang kini berada di AS dan 20000 orang AS masuk islam setiap tahun setelah peristiwa 9/ 11. 

    NANTIKAN PART II YEE GENG...=)



Wednesday 1 February 2012

ALLAH S.W.T MENOLAK 1 DARIPADA 3 DOA RASULULLAH S.A.W

“Amir bin Said daripada bapanya berkata bahawa :
 Suatu hari Rasulullah s.a.w telah datang dari daerah berbukit.Selepas sampai di masjid Bani Mu’awiyah, baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama baginda. Kemudian baginda berdoa dengan doa yang panjang kepada Allah SWT.   Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah s.a.w pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :


“ Aku telah bermohon kepada Allah SWT 3 perkara, dalam tiga perkara itu Allah S.W.T hanya memperkenan 2 perkara sahaja dan satu lagi ditolak ”
1.       Aku telah bermohon kepada Allah swt supaya Ia tidak membinasakan umat aku dengan musim susah berpanjangan.
Permohonan ini  diperkenan oleh Allah SWT

2.       Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam ( seperti banjir yang telah melanda umat nabi Nuh )
Permohonan ini telah diperkenan oleh Allah

3.       Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka ( peperangan, pergaduhan antara sesama islam )
Tetapi permohonanku ini tidak diperkenan.

Saudaraku,

 Dewasa ini, orang islam bergaduh sesama  sendiri dan orang kafir bertepuk tangan dari belakang. Apakah  ini yang ingin kita lihat? Apakah tindakan kita?? Tidakkah kita mahu islam kembali gemilang seperti dahulu ? bangkitlah wahai saudaraku, tegakkan islam kembali megah, itu amanahmu!! Yakinlah dengan janji Allah S.W.T 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...