Sunday 27 January 2013

JENIS-JENIS FOBIA *rare


Baru-baru ni ada seorang kawan yang bakal menjadi Nurse share tentang "Fobia".... Bagi saya macam rare lah, sebab tak pernah dengar dan macam pelik je.......
Meh baca dan sebut :


  1. Alektorophobia     - fear of chicken
  2. Caligyephobia       - fear of beautiful women
  3. Bibliophobia          - fear of book
  4. Batonophobia        - fear of plant
  5. Blennophobia         - fear of smile
  6. Chrematophobia     - fear of money
  7. Clinophobia            - fear of going to bed
  8. Demonophobia       - fear of demon
  9. Didaskaleinophobia - fear of going to school
  10. Entomophobia         - fear of insect

No 4  xde laa bunyi pelik sangat mungkin perkataan daripada "Botani"... No 1 macam xde kena mengena langsung..."Alektoro" dengan "chicken" , kan jauh tu....haaissshhhhh...
Rasanya student  hanya ada masalah dengan No 7 bila time final exam je.....haha
Xpelah..... Istilah-istilah  ni wujud  mesti  sebab ada asal-usulnye.... Kita terima je lah...haha

#Pesanan kepada Kakak-kakak atau abang-abang yang mempunyai adik-adik nakal tahap ekstrem, sila elakkan mereka daripada mengetahui istilah No 9.... Takut memberi alasan pada masa hadapan...hehehe



Friday 25 January 2013

MARI BERKONGSI : BILA EMOSI MENGAWAL DIRI

Ketahuilah bahawa kita hanya manusia biasa.... Hina sudah semestinya... lemah??? Tiada tempat hendak dipautkan diri ini.... Resah gelisah melihat kesenangan dan kebahagiaan insan lain???

Surah Ar-rad ayat 28 :
    "Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah. Ketahuilah! Dengan
     "dzikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia"

Apabila hati menjadi runsing, bacalah :
 "La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zoliman"(Doa Nabi Yunus)

Kekuatan emosi sukar ditafsir... Bila emosi mengawal diri, segala yang terpacul daripada mulut dan tindakan fizikal akan menjadi pantas tanpa kawalan....

Bertenanglah.... Segala yang terjadi, segala yang dilakukan ke atas kita mempunyai kisah tersirat.... Janganlah resah, cemburu melihat orang lain...

"KETENANGAN itu akan hadir bila diri kamu dekat dengan Allah dan KERESAHAN itu akan hadir jika diri kamu jauh dengan Allah"


Allah itu Maha Pemalu; Dia malu apabila hambaNya meminta daripadaNya dan Dia tidak menunaikannya.


-Tunaikanlah apa yang diamanahkan kepada kita...


Sunday 20 January 2013

6 WASIAT IMAM SYAFIE


1) Barang siapa yang mempelajari Al-quran, maka mulia dirinya

2)Barang siapa berbicara tentang fiqh, maka akan berkembang kemampuannya

3)Barang siapa yang menulis hadis, akan kuatlah hujahnya

4)Barang siapa yang mengkaji bahasa, akan lembut tabiatnya


5)Barang siapa yang mengkaji ilmu matematik, maka akan sihat pemikiranya

6 )Barang siapa yang tidak menjaga jiwanya, maka ilmunya tidak akan berguna baginya

Friday 4 January 2013

JUMPA LAGI TAMAN ILMU DAN BUDI

Habis sudah study untuk sem nih.... Rasa cepat je masa berlalu... Rasa macam banyak aktiviti yang terlepas... Rasa macam banyak lagi ilmu yang perlu dituntut untuk dikongsi bersama masyarakat  nanti....  Malas-malas lagi, kan dah banyak yang terlepas =,=



Jumpa lagi next sem "Taman Ilmu dan Budi"... Moga jodoh kita berpanjangan ^_^
Jumpa lagi bulatan gembira Uia, Murabbi yang penuh dengan ilmu, rakan-rakan yang happening, roomate yang dikasihi, geng futsal yang berskill, dan makcik cleaner yang sentiase rajin bersihkan Mahallah Ali......







Analogi "bulatan gembira" seperti orang yang mencangkul tanah. Nampak pada zahirnya sedang mencangkul walhal sebenarnya sedang membina batas.... Mereka nampak kita sedang berkumpul,berdiskusi, dan sebenarnya kita sedang membina islam di dalam hati ^_^

#Genggam dunia pada tangan mu dan letakkan akhirat dihatimu -SheikhTaufiq

Thursday 3 January 2013

SAMBUTAN TAHUN BARU YANG ERRR....


Niat dihati nak luang masa bersama roomate kat luar hostel.... Saat-saat terakhir sebelum semua balik kampung masing-masing... Lepas abes exam kan.....
Lepas solat isyak, plan pun mule di jalankan..... Disebabkan lupe esok tahun baru,  banyak laa tempat-tempat yang dirancang nak pegi tutup... Dan2 je...pasrah2   =,=

Plan pun ditukar kepada plan B yakni ikut angin a.k.a redah je.... Tup2 sampai depan KLCC... Alang-alang dah sampai  kiteorg cube  laa menghayati  persembahan bunge api.... memang style lah... Depan mate plak kan....Selalu tengok dalam tv je... Bunyi letup die memang bergegar laa.... Berape banyak laa duit habis untuk bende nih....


                                   


Tapi part yang tak bestnye, sesak dengan manusia....
warga asing+kapel2+geng2 yang masuk air = serabut!!!
Memang ramai kapel time ni... Nak tengok bunga api same2 laa katekan... Atas motor, dalam kereta, macam2 ade....  xelok lah keluar dengan lelaki sampai pagi..... 
Memang kite semua akan dapat saham kat akhirat nanti..... So sape-sape yang tak nak ambil bahagian  dalam bab2 macam ni dipersilakan.... pandai-pandai laa nanti yee kat sane...


Memang jem tengok kapel2 time nih... Perlu ke buat itu dan itu...ini dan ini??? Perlu ke hadirkan diri tengok bunga api sesak2+berdua-dua untuk lebih mengeratkan hubungan??? Come on laa... Wahai "perhiasan terbaik di atas muka bumi" , sedarlah kamu tu tidak ternilai dan wahai "pemimpin kaum wanita", sedarlah tugas kamu sebagai lelaki yang bermaruah....






" Iblis berkata : Wahai tuhanku! kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan perelokkan segala jenis maksiat kepada adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya." (Surah Al-Hijr:39)
*renung-renungkan...........


#mintak maaf kalo silap dan salah... Sekadar perkongsian dan renungan bersama (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...