Friday, 3 April 2015
NILAI KEMANUSIAAN
Dekat Malaysia ni sebenarnya banyak lagi orang yang sangat memerlukan bantuan. Harga naik macam macam, cukai itu ini pun ada yang masih support. Bukan nak bash, tapi bacalah dulu.
Ada struggle hari hari untuk survivekan family mereka. Ni bukan drama dalam tv tapi realiti Malaysia yang kau boleh cari. Ada yang nak isi minyak moto RM 1 je mampu. Duit lain untuk benda lain. Minyak tetap kena isi sebab nak gerakkan moto kapcai yang satu satunya kenderaan yang ada.
Mungkin salah mereka jadi miskin. Siapa suruh bodoh masa zaman muda muda. Kalau kuat usaha mesti dah senang sekarang. Siapa suruh gatal kahwin. Anak dah ramai baru nak susahkan orang lain.
Moga yang berkata seperti ini dirawat hatinya dan kurangkan menghukum orang lain. Yang kuat menghukum ini, moga pengajaran datang dan buka minda tentang realiti kesusahan menahan hukum manusia.
Bila ada orang volunteer nak perjuang hak rakyat awak caci. Tiada yang mahu perjuang pun awak juga merungut. Bila terkena pada muka, baru tahu nak dalil, mahu ungkit segala sejarah.
Bantulah orang orang yang sangat sangat memerlukan. Mereka juga manusia, ada maruah, cuma bukan maruah yang direndahkan, tetapi hati mereka ada yang kuat memikirkan nasib anak anak atau adik adik. Kadang kadang manusia itu sendiri yang sering meragut sesama mereka. Yang lemah harus terus tabah dan yang kuat terus jadi maharaja.
Monday, 30 March 2015
BERTENANGLAH
"Menuntut ilmu kerana Allah adalah bukti ketundukan pada-Nya. Mempelajarinya dari seorang guru adalah ibadah. Melangkah menuju majelisnya adalah pembuka jalan surga. Duduk di tengah kajianya adalah taman Firdaus. Membahasnya adalah bagian dari jihad. Mengajarkannya adalah tasbih. Menyampaikannya kepada orang yang tidak tahu adalah shadaqah. Mencurahkannya kepada orang yang berhak menerimanya adalah qurbah"
(Mu'adz ibn Jabal Radhiyallahu 'Anhu)
Wednesday, 22 October 2014
PERCAYA
Percaya.
Percaya ni macam gelas. Sekali dah pecah pakai lah gam apa pun, akan nampak kesan lekat tu. Takkan sama bentuk dengan yang sebelum ni, takkan cantik seperti sebelum ni.
Berusaha lah banyak mana pun, orang akan lupa benda baik yang kau buat. Manusia ni ego tinggi melangit! Susah memaafkan, betul-betul memaafkan. Takde peluang lepas kau rosakkan. Ingat lah "percaya" ni mcm talian hayat, semua orang ada satu je. Sekali kau rosakkan, sampai akhir hayat orang tak mungkin lupa.
Jagalah peluang yang ada dengan hati-hati, memang manusia tak sempurna. Memang bibir masyarakat akan bicara manusia tak sempurna. Tapi sifat manusia berharap kau sempurna, jangan buat salah. Mereka takkan percaya lepas kau rosakkan, takkan percaya walau kau mangsa keadaan. Percayalah, ini dunia. Dunia. Orang mencatat yang buruk, hanya melihat yang baik.
Tuesday, 14 October 2014
"Terima kasih bang, i love U"
Tempat : Masjid negara
Masa : 10.30 pm
"Terima kasih bang, i love u" sentap jugak lepas dengar kata-kata tu.
Kiteorg team the nasi lemak project ada bagi makanan dekat homeless area masjid negara. Datanglah seorang buruh ni dalam umur 50 an dengan pakai baju hijau light, yang buruh-buruh kasar selalu pakai tu. "bang, boleh amik makanan lebih tak? kawan saya ada dekat sana tu, malu nak dtg." Takkan lah nak cakap tak boleh, aku pun siap tolong bawak 6 bungkus pergi bawah fly over tu sebab tak cukup tangan bro tu.
Bila sampai dekat bawah tu, ada bulatan, kawan-kawan bro tu ada 6 orang tengah gembur tanah nak tanam pokok. Semua melayu, islam lagi. Yang tolong amikkan makanan tadi orang bangla, fasih ckp melayu. Dia ingat kawan-kawan dia yang bawah jambatan tu even bukan satu bangsa dengan dia. Indah kan islam?
Lepas bagi makanan semua cakap terima kasih, siap lambai-lambai lagi time nak balik.
"Terima kasih bang, i love u." jerit bro yg tolong amikkan makanan tadi.
Feed the homeless, jangan biarkan mereka terus hidup di jalanan.
"Siapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi. Sayangilah yang ada di bumi, nescaya yang di langit akan menyayangi kamu" (Riwayat al-Tarmizi)
Tuesday, 2 September 2014
Sunday, 29 June 2014
Friday, 16 May 2014
SELAMAT HARI GURU 2014
Dari form 1 sampai form 6 dekat SMKBBST. Ada orang sampai form 3 je, lepas pmr pergi sekolah lain. Ada orang sampai form 5 je. Lepas tu tak nak jejak dah sekolah. Aku lepas pmr stay dekat bbst. Lepas spm sambung lagi dekat bbst. Dah macam extand study. Im legend! haha.
Cerita kita mesti lah lain-lain, mana boleh sama. Bosan lah kalau sama. Macam mana nak cerita kat orang lain kalau sama. Ok tu mukadimah. haha
Time form 6 batch aku ada lah dalam 20 lebih. Kelas aku 12 org, jejaka 2 orang, yang lebih tak jejaka..haha..
Cerita kita mesti lah lain-lain, mana boleh sama. Bosan lah kalau sama. Macam mana nak cerita kat orang lain kalau sama. Ok tu mukadimah. haha
Time form 6 batch aku ada lah dalam 20 lebih. Kelas aku 12 org, jejaka 2 orang, yang lebih tak jejaka..haha..
Cikgu2 semua terbaikk.. Caring tahap max. #onlyinf6bbst . InsyaAllah ingat semua nama cikgu, tak lupa semua jasa =D
Harap semua cikgu dalam keadaan baik, dikuatkan hati, dipermudah semua urusan dan paling penting diredhai Allah. Allah menilai usaha cikgu-cikgu bukan seperti manusia yang menilai gred, keputusan atau apa-apa yang boleh dicatat di atas kertas.
Moga cikgu Mardhiah yang selalu penat dan sakit-sakit dikuatkan hati, dimudahkan urusan dan dilapangkan hati. InsyaAllah semua akan baik-baik belaka. Amin.
Selamat hari guru.......
Subscribe to:
Posts (Atom)

