Sunday, 29 July 2012

CARA MUDAH MENDAPAT "COOL BLOG"


Sukar memikir cara mendapat cool blog?? Nak blog yang sedap and sejuk  mate memandang?  Tiada idea?? 



Was-was?? atau tidak pasti??


Caranya mudah sahaja... Ikut step nih :   
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

1) Mesti buat pilihan tepat dan dengan hati yang yakin...supaya tidak timbul suatu rasa.... Yakni "RASA MENYESAL"





2) Pegi kaunter,   "kak/bang cool blog satu...saye nak chocolate oreo" 









Cara mudah dapat cool blog...mcm2 jenis ade...^_^







To makcik peminat oreo yg sama mcm saye, oreo chocolate sedap!!




Sunday, 1 July 2012

MARI BERKONGSI :: BAHAGIA DUNIA AKHIRAT

Memiliki teman hidup merupakan salah satu cara hendak hidup bahagia dunia akhirat(point best nih..hehe).....
Janganlah asyik memilih yang hot, panas, mendidih...huhu
Mereka yang memilih teman hidup berdasarkan keturunan, sama seperti yahudi yang begitu bangga dengan keturunanya... Mereka yang memilih teman hidup berdasakan rupa paras, sama seperti kaum nasrani yang begitu gah dengan kecantikannya... Mereka yang memilih teman hidup berdasarkan harta, sama seperti majusi

Dah ade teman mesti ade anak kan?? kan?? kan?? Mesti nak kan??  hehehe....
Jaminan bahagia dunia akhirat ialah mempunyai anak yang soleh... Tahu mendidik bukan menternak... Caranya dengan mendisiplinkan anak mengikut islam... Contoh mudah, solat... Melalui solat terdapat banyak isi yang tersurat dan tersirat... Barulah anak cute di mata dan di hati ^_^



Seterusnya,mewujudkan persekitaran yang meningkatkan iman kepada Allah... Faham kan??
Barulah zina tidak bertambah, kes buang anak semakin berkurang... Ada yang sampai 2-3 kali buang anak, orang yang sama pulak tu... Dah tak sakit agaknye, dah luss....anak tu meluncur je keluar macam main roller coster.... Semua yang jadi ni kita dapat saham, free2 jeh... Tah dapat tah tak nak jawab nanti... Berilah ruang pada anak-anak yang cute membesar ikut syariat islam... Kita yang dah terbabas ni masih ada banyak peluang... Sekurang-kurangnya bila nyawa dah ditarik ada orang tangisi bukan syukuri... 
Renung-renungkan...^_^



**hanya pendapat diri yang selalu khilaf terhadap Allah, manusia dan teman... mohon tunjuk ajar,,,

Wednesday, 20 June 2012

BENDA WAJIB TAPI X IKHLAS, MACAM MANA???

Lakukanlah benda wajib walaupun TERPAKSA... Bertudunglah walau TERPAKSA... Solatlah walau TERPAKSA... Puasalah walau TERPAKSA... Kerana kewajipan itu memang kadang-kala sifatnya terpaksa.
Daripada keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas kerana-NYA...

Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah???

Hidayah perlu dicari bukan ditunggu. Macam makanan, kalau tak suap macam mana nak masuk dalam mulut...
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah ke atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya  "  -SURAH LUQMAN, AYAT 17
"....bersabarlah ke atas segala bala bencana yang menimpamu...."
Orang yang hendak berubah memang akan dapat banyak ujian... Kebanyakannya orang sekelilinglah yang banyak mempengaruhi.... Ada sahaja yang tidak kena...Maklumlah, tak biasa tengok orang buat baik...Itulah, inilah...Orang yang nak berubah tu pun jadi tak tahan, malu...akhirnya kembali pada keadaan asal...ishhh2....... itulah sedikit maksud tersirat keratan ayat di atas...

Ramai je kawan-kawan saya yang dulu tak pakai tudung sekarang dah pakai... Alhamdulillah... Boleh je dieorang buat... Maknenya bende tu mampu dan terpulang pada diri sendiri ^_^

Renung-renungkan....=)

Wednesday, 13 June 2012

MARI BERKONGSI :: IKHLAS

Dalam Kamus Dewan, maksud perkataan ikhlas ialah hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura....
Ungkapan ikhlas menggambarkan pengertian tentang bersih, jernih, murni, dan suci daripada pencemaran sifat lain....

Ikhlas merupakan suatu sikap yang sukar dicapai oleh seseorang tanpa kesungguhan dan istiqamah... Ia bukan dihitung melalui banyaknya seseorang mengerjakan amalan atau lafaz keikhlasan yang diucapkan... Marilah kita ikhlaskan diri dalam melakukan semua perkara seperti berkawan mahupun berteman... Apabila sesuatu perkara dilakukan dengan niat tidak ikhlas, hasilnya amat merugikan, menyedihkan dan mungkin menyakitkan...

Ambillah ikhtibar daripada Rafiq yang pernah tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu.... Seperti mahu diputar masa agar kembali masa lalu...melakukan sesuatu yang benar-benar ikhlas kerana Allah terhadap seseorang...
Tetapi niat yang tidak ikhlas terlintas di dalam hati menyebab segalanya berubah... Tidak ada lagi kepercayaan apatah lagi ruang untuk memohon peluang.... Semuanya sudah terlambat, tidak ada langsung usaha yang mampu menembusi hati yang sudah berpaling... Tibalah masa merasa balasannya! Menyesal ialah jawapan yang pasti dan menyakitkan...

Pada rakan-rakan gunalah peluang dengan seikhlas mungkin kerana Allah sebelum terlambat.... Ketahuilah bahawa ikhlas itu tidak sesukar mana tetapi perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan memerlukan sikap istiqamah yang tinggi. Ambil pengajaran dan ingatlah, ikhlas kerana mahukan balasan daripada Allah.

Sunday, 10 June 2012

PEREMPUAN BERTUDUNG VS PEREMPUAN TIDAK BERTUDUNG

"Conversation" antara perempuan bertudung dan perempuan tidak bertudung..... Kita sendiri yang dapat menilai.....
#sebagai renungan sahaja...tidak berkaitan dengan mana2 pihak


Renung-renungkan dan selamat beramal ( ^_.^)

sumber: kakifacebook

Wednesday, 6 June 2012

MARI BERKONGSI ::SEBELUM TERLAMBAT

ASSALAMUALAIKUM......

Setiap insan tidak dapat memilih dengan siapa dia dilahirkan...... Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan ada juga yang dalam keluarga yang miskin....ada yang dapat penuh kasih sayang ada juga yang sebaliknya....dan macam-macam lagi.....

Sedarlah wahai teman, ada hikmah di sebalik semua kejadian.....jangan biarkan hidup berakhir begitu sahaja.... Berusahalah semampu mungkin cipta impian yang diidamkan...... Mungkin setiap hari tidak baik dan malang bagi kita...tetapi ingatlah ada sesuatu yang baik dalam setiap hari itu..

Berusahalah....Jangan berhenti berharap.... Selagi ada peluang, selagi bernafas teruskanlah..... Berfikirlah dahulu sebelum bertindak.... Jangan jadi seperti rafiq.... Bila semuanya dah terlambat.... Bagai rasa nak menjerit sekuat hati.... Nak lepaskan segala sesalan.... Cuba berusaha semula tetapi semua itu sudah tidak diterima...... Sudah terlambat!!! Tiada lagi jalan lain.... Mahu sahaja melakukan apa saja, untuk kembali... Sanggup menahan apa sahaja, sanggup mengalah...biarlah sedikit asalkan ada ruang.....Tetapi.....  Buatlah apa pun, sudah tidak berguna.... Pintu hati sudah tertutup, tiada sedikit ruang pun....Terasa mahu ditarik nyawa ini, oeh sebab punya iman yang serba kekurangan ini fikiran waras lagi berfikir....

Kepada teman-teman, buatlah sehabis baik....sedaya mungkin.... Allah is watching...

Friday, 18 May 2012

SELAMAT HARI GURU (SMK BBST) 2012


Hari ni skuad BLOG RAKYAT JELATA (chewahhh!) telah turun ke SMK BBST untuk memeriahkan sambutan hari guru....Ni lah sekolah dari aq form 1 sampai form 6....cikgu2 sekolah ni lah yg penat2 didik aq dengan kawan2....terima kasih cikgu!

Kebanyakan game berlangsung dekat dataran pengetua dengan dewan terbuka jeh....tak boleh laa jauh2 sampai padang....ade jugak cikgu yg balik awal nanti.....Kalau cikgu Bahagia tak pe lah.....fitness!!


Game mule2 kite tengok ialah game masuk gelung dlm kon......

Jom kite view2 game yg cikgu kite maen.....hehe



style lah ustazah!!
cikgu nie kalo korang x kenal, tahulah....tahap Legend dah ustazah Sabariah nih...hehe



Pabila cikgu chemi membaling gelung~~~~



bile dah bertanding, mesti nak menang....budak kutip gelung pun dah nampak macam kon...main hentam je...haha


ni cikgu practical...aq dah tahu korang nak ckp ape.... (wah,ensemnye....cutenye baling...) haha,,,


Seterusnya, game jingsaw puzzle....senang je...tp bile cikgu2 dah bergabung, harapan laa nak siap cepat....






(Sebelum)

(selepas)
 Korang pulak lah susun... bia aq tengok...haha



Next, game apple....simple je..potong kulit apple, paling panjang tanpa putus....sape paling panjang dah boleh angkat piala,,,,haha...









Ni hos acara event nih...hehe



Ni game tiup & lepas belon....paling jauh menang...rasenye laa...haha





Ni pulak karya2 pelajar untuk guru...buruk cantik bukan ukuran....yang penting ikhlas....=)







Lepas ni game best....kerusi berirama...aq agak je name game tu...haha...alaa yg kena pusing keliling kerusi tu,kalau musik berhenti, kena duduk.....haaaa yg tu lah...huhu


kalau kes macam ni, macam mana gak kire?? jawab2,,,haha





cikgu2 gembire, murid2 senang hati.....semua happy...


Nak tahu siapa Queen of kerusi berirama???

sape nih??

Saya lah yang menang tu.....saye lah queen tu...hehe



Moga ukhwah sesama kita terus terjalin....
Selagi ada masa dan peluang, hargailah guru kita...mintalah kemaafan...moga berkat hidup dunia akhirat....


Saya,rakan2, senior2, junior2...ingin mengucapkan selamat hari guru... Moga terus istiqamah mendidik tanpa rasa jemu......Guru ialah seorang jutawan  di akhirat  kelak...(^_^)

























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...