Saturday, 23 February 2013

AMRU BIN JAMUH

Amru Bin Jamuh ialah salah seorang sahabat nabi. Dalam konteks ini sahabat bermaksud orang yang berjumpa dengan nabi dan mati dalam keadaan islam.

Amru Bin Jamuh mengalami kecacatan pada bahagian kaki, OKU lah senang cerita....dan ada 4 orang anak....

Pada ketika itu ada perang yang bakal berlaku.... Melihatkan keadaan Amru Bin Jamuh yang serba kekurangan, 4 orang anak Amru Bin Jamuh telah berjumpa dengan nabi Muhammad S.A.W meminta kebenaran agar ayahnya tidak menyertai peperangan itu... Permintaan itu diterima...

Selepas beberapa ketika datanglah Amru Bin Jamuh kepada baginda untuk meminta kebenaran menyertai perang... Tetapi permintaan Amru Bin Jamuh ditolak oleh baginda walaupun telah diminta, dirayu berkali-kali....Pulanglah Amru Bin Jamuh dengan hampa....

Apabila gendang perang dibunyikan tanda angkatan tentera akan berangkat, Amru Bin Jamuh semakin gelisah.... Dia ingin berjumpa dengan dengan Baginda sekali lagi untuk meminta kebenaran menyertai peperangan.... Sebelum berjumpa Baginda, Amru Bin Jamuh berpesan kepada anak-anaknya "...jangan halang perbuatan ku, jika tidak boleh menjamin syurga kepadaku..."

Dapatlah Amru Bin Jamuh menyertai peperangan setelah meminta kebenaran daripada Rasulullah S.A.W...
Semasa dalam perjalanan Amru Bin Jamuh telah berdoa kepada Allah " Ya Allah, matikanlah aq dalam syuhada dan janganlah kembalikan aq kepada keluargaku...."  Dan di dalam peperangan syahidlah Amru Bin Jamuh seperti yang didoakan...................

# Adakah kita yang sempurna mempunyai keinginan setinggi Amru Bin Jamuh ???
# Kerahlah tenaga demi agama, sesungguhnya Allah menilainya  ^_^




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...