Thursday, 17 October 2013

MALAM AMAL RAUDHATUS SAKINAH (MARS)



Raudhatus Sakinah telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). Raudhatus Sakinah merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya dalam kalangan remaja puteri. Raudhatus Sakinah telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Raudhatus Sakinah diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang menjadi mangsa sosial.  Raudhatus Sakinah berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat dalam meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat

Selain itu, terdapat juga usaha sampingan daripada pihak Raudhatus Sakinah dalam mencegah gejala sosial dalam kalangan remaja :

  1. Mengadakan kempen /progam "Anda Bijak Jauhi Zina"
  2. Mengadakan Siri-siri Ceramah sebagai usaha pencegahan

Jom zass usaha-usaha kempen ini !


SMK Sg Puteri, Kuala Rompin Pahang

SMK Dato Bentara Luar , Batu Pahat , Johor

ABJZ di Kolej Vokasional Klang


ABJZ di SMK Seksyen 5, Wangsa Maju



ABJZ di SK Saujana Impian, Kajang

ABJZ di SMK Tunku Besar Burhanuddin, Kuala Pilah, Negeri Sembilan


ABJZ Di SMK Taman Tasik , Taiping, Perak

Terdapat banyak lagi sekolah yang telah diadakan kempen tersebut seperti Kedah , Terengganu dan hinggakan di Sarawak. Lebih lanjut tentang kempen ini https://www.facebook.com/abjz.rs



Objektif Malam Amal Raudhatus Sakinah 2013 :
1. Menjana dana bagi pembangunan Pusat Bimbingan dan Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah
2. Meluaskan keperihatinan masyarakat dan berkongsi rasa kasih terhadap remaja dan belia yang perlukan perhatian dan bimbingan




Untuk keterangan lanjut mengenai MARS, cara memberikan sumbangan boleh layari http://www.raudhatussakinah.com/ . 


Ringkasan untuk Malam Amal Raudhatus Sakinah






*Mereka memerlukan bantuan kita, salahkah mereka jadi begitu?? Apa pula peranan kita?
Berilah sokongan dan melalui dana ini sedikit sebanyak dapat  membantu mereka... Hendak beri walaupun RM 1? Teruskan, Allah melihat, balasan kebaikan tetap ada... =D
*Masih ada masa sebelum disoal oleh Allah kelak mengenai keruntuhan akhlak remaja kita
*Genggam dunia di tanganmu, letakkan akhirat di hatimu



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...