Wednesday, 13 November 2013

THIS IS INSANE!!


Pada yang rasa down, lifeless, rasa mcm tak nak hidup tu boleh rasa kenikmatan-kenikmatan dunia ini sebelum melakukan perkara pelik-pelik yang merugikan!

Banyak nikmat atas dunia ni, contoh macam oreo cheese cake, oreo ice cream cake *melting*....rugi lah kalau rasa hidup ni lifeless...

Share benda yang berharga, makan yang sedap sama-sama, jalan-jalan menikmati keindahan alam ciptaan Allah... Tak cukup bermakna???


Hidup sekali je, buatlah apa yang patut, usahalah apa yang diidamkan, nak menyesal biar lepas mencuba =D



pink ada, turqouise ada...





*melting*


*melting lagi sekali*


pic credit to budak yg ada sama interest  dgn saya  ^_^






















Wednesday, 6 November 2013

1435 HIJRAH


Daripada agama yang kecil berkembang menjadi agama terbesar dan termahsyur dunia...
Daripada kelompok minoriti yang lemah menjadi golongan majoriti perkasa dalam pelbagai bidang...
Daripada umat yang lemah dan hina menjadi umat terbilang penuh ketamadunan...

Hijrah nabi Muhammad saw daripada aspek mata kasar nampak seperti "undur ke belakang". Tetapi sebenarnya Rasulullah undur untuk mengambil lajak agar dapat melangkah dengan lebih besar. 

Semua yang Rasulullah buat A-Z ibarat macam nak menegakkan tiang yang besar... Hanya tubuh yang besar, tenaga yang kuat dan banyak aspek lain yang mampu mendirikan tiang tersebut... Tugas kita yang lemah-lemah ni, pertahankan tiang tersebut daripada jatuh, beri perlindungan dan buat perkara yang akan mengukuhkan tiang tersebut...

*kebenaran tetap kebenaran... terimalah kenyataan.

=D


Thursday, 17 October 2013

MALAM AMAL RAUDHATUS SAKINAH (MARS)



Raudhatus Sakinah telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). Raudhatus Sakinah merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya dalam kalangan remaja puteri. Raudhatus Sakinah telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Raudhatus Sakinah diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang menjadi mangsa sosial.  Raudhatus Sakinah berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat dalam meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat

Selain itu, terdapat juga usaha sampingan daripada pihak Raudhatus Sakinah dalam mencegah gejala sosial dalam kalangan remaja :

  1. Mengadakan kempen /progam "Anda Bijak Jauhi Zina"
  2. Mengadakan Siri-siri Ceramah sebagai usaha pencegahan

Jom zass usaha-usaha kempen ini !


SMK Sg Puteri, Kuala Rompin Pahang

SMK Dato Bentara Luar , Batu Pahat , Johor

ABJZ di Kolej Vokasional Klang


ABJZ di SMK Seksyen 5, Wangsa Maju



ABJZ di SK Saujana Impian, Kajang

ABJZ di SMK Tunku Besar Burhanuddin, Kuala Pilah, Negeri Sembilan


ABJZ Di SMK Taman Tasik , Taiping, Perak

Terdapat banyak lagi sekolah yang telah diadakan kempen tersebut seperti Kedah , Terengganu dan hinggakan di Sarawak. Lebih lanjut tentang kempen ini https://www.facebook.com/abjz.rs



Objektif Malam Amal Raudhatus Sakinah 2013 :
1. Menjana dana bagi pembangunan Pusat Bimbingan dan Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah
2. Meluaskan keperihatinan masyarakat dan berkongsi rasa kasih terhadap remaja dan belia yang perlukan perhatian dan bimbingan




Untuk keterangan lanjut mengenai MARS, cara memberikan sumbangan boleh layari http://www.raudhatussakinah.com/ . 


Ringkasan untuk Malam Amal Raudhatus Sakinah






*Mereka memerlukan bantuan kita, salahkah mereka jadi begitu?? Apa pula peranan kita?
Berilah sokongan dan melalui dana ini sedikit sebanyak dapat  membantu mereka... Hendak beri walaupun RM 1? Teruskan, Allah melihat, balasan kebaikan tetap ada... =D
*Masih ada masa sebelum disoal oleh Allah kelak mengenai keruntuhan akhlak remaja kita
*Genggam dunia di tanganmu, letakkan akhirat di hatimu



Tuesday, 15 October 2013

PESANAN MUROBBI DI EID ADHA


Pesanan Murobbi di Eid Adha.....

Begitu ramai yang berdoa tanpa usaha. Dan juga mereka yang berusaha tanpa  doa

Ingatlah, orang yang bersinar dalam gelap jahilliah itu adalah mereka yang berusaha dengan tawakkal yang benar, bukan hanya dengan beretorik semata-mata.

Di Eid Adha ini, marilah kita memeriksa kembali  ketawakkalan kita kepada Allah. Apakah benar atau hanya sekadar ucapan di bibir??

Yang benar, bersyukurlah. Yang palsu, perbetulkanlah.

Semoga sinar pegorbanan ibrahim yang penuh dengan tawakkal tersemai ke jiwa2 kita.

Dan bertawakkallah, kemudian bersinarlah!!!




Saturday, 31 August 2013

MERDEKA #56


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56....

Adakah kita memahami maksud istilah ini??

Kos sara hidup makin tinggi, kadar jenayah makin meningkat dan statistik gejala sosial yang semakin menyedihkan lebih-lebih lagi dalam kalangan orang melayu....  Kasihan bagi mereka yang hidupnya makin tersepit... Makan berkira, baju memilih... Ada diploma, mahu sambung degree... Terfikir adik-adik yang lebih memerlukan ilmu, terpaksa berhenti study kerana memikirkan tanggungjawab sebagai dewasa...
Kita memahami?? Nope...  sebab:

  1. Kita malas ambil tahu 
  2. Tak terkena batang hidung sendiri lagi 
  3. Typical Melayu 
  4. Bajet tahu cara lain, walhal cara tu pun tahu dari cerita kasar kawan-kawan
Masuk sendiri dalam jalanan.... Pernah lihat wajah orang yang hidup tersepit bersyukur even dapat seringgit?? Terlalu menyedihkan!! Yang terasa bertanggungjawab akan membantu, tapi yang otak typical mcm sampah ni yang susah... Akan keluar lah ayat-ayat  zakat ade lah, hape lah blablablablaa.....
Zakat?? Dah laa orang tu miskin, kau suruh dia terhegeh-hegeh pergi pejabat zakat yang birokrasi bertingkat tu?? Ohhh lupa... Orang miskin maruah sikit, kau maruah banyak sikit... Orang zakat tu patut pergi cari orang miskin.... Tak boleh kaa?? Saidina Umar cari sendiri orang miskin masa pemerintahannya... Ke kau lagi hebat dari Saidina Umar?? Ibadah superb laa? Kalau cite pasal part-part financial akan ada je yang nak menang + argue.... Sampah. Kang kalo yg tersepit ni masuk agama lain mula lah nak meroyan sana sini... Salahkan agama lain... Dah agama lain nampak tu peluang, dieorang ape lagi... Yang kita ni tak abai saudara sendiri???



Belum masuk part lain lagi tu contoh macam pemikiran... Hari-hari kena canang dengan media.. Pemikiran dibonzaikan.. Universiti sepatutnya tempat idea dipertandingkan  dihalang... Tu lah, macam-macam... Kalau kata xbersyukur, nanti kena keluar Malaysia plak... Satu lagi typical sampah...

Wahai manusia, sesungguhnya kita bersaudara... Bantulah pada yang memerlukan, akhirat kelak kau tidak akan dipersoal.....

*Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia kasih kepada saudaranya seperti mana dia kasih terhadap dirinya*


Thursday, 22 August 2013

PADA YANG MUDA


Kau orang  muda terlalu cepat menghukum,
terlalu suka menuduh.
Sabar dulu, sehelai halaman kitab tidak menjadikan ulama,
walaupun kau menghunus keris dan memaksa sekampung manusia memanggilmu  demikian.
Hidup perlukan usia,
 jangan terlalu tau di waktu kau belum faham.

SN Muhammad Haji Salleh
(Ceritera yang Kedua Puluh Enam (ii) dlm. Sajak-sajak dari sejarah Melayu,1981)

Wednesday, 14 August 2013

PLEASE PRAY FOR EGYPT


Leka dengan hidup sendiri?? Sila berhenti dan ambil tahu.......

Terdapat kisah di mana seorang wanita hampir dicabul pada zaman Rasulullah, dan baginda hampir melancarkan perang terhadap puak-puak tersebut....
Tak nampak lagi??? Baru seorang tu, Baginda dah buat macam tu.... Punyalah jaga!!

Sekarang?? Kalau wanita kat dalam tahanan tu dah kena rogol ulang-ulang.... Weh, perempuan laa tuu, tak berharga ke?? Lelaki, pijak-pijak je...  Macam sampah tahu.... Ohh, lupa.... kita tak tahu.. kita tak faham.... Sebab tak ada adik kakak sendiri yg kena rogol... Tak ada pakcik atau abang yang kena pijak-pijak... Awek/pakwe sendiri lagi tinggi darjat... "Nak kecoh apa pasal negara orang??"... Typical melayu sangat...

Kalau bukan kita siapa lagi?? Goggle je kalo nak tahu kekejaman sebenar... Media Malaysia ni faham2 lah... Syiah pun  back up... Sampah sangat...

PLEASE PRAY......................................................................


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...