Sunday, 24 February 2013

PERASAAN MENJADI PENONTON


Adat permainan menjadi pihak yang kalah atau yang menang... Yang tersusun, ada pengalaman, penuh tektikal, tenang dan punya rezeki akan menang manakala yang baru mencuba, mencari pengalaman, main bersahaja dan bergembira sudah tentu kemungkinan besarnya akan tewas dan pasrah dengan senyuman.....

Ada "pihak" yang punya sedikit pengalaman, yakin dan bersedia mengerah tenaga untuk menang.... Tetapi tersungkur awal....
Ada 'golongan" yang terlalu sedikit pengalaman, yakin tetapi tidak terlalu bersedia, persepsi akal hanya mahu meredah halangan yang bakal dilalui..... Tetapi golongan mampu melangkah jauh....

Apakah perasaan "pihak" yang tersungkur awal??? Ditambah pula dengan "golongan" yang dilihat "biasa-biasa" mampu melangkah jauh???

"Pihak" yang tersungkur awal hanya mampu menjadi penonton, melihat golongan "biasa-biasa" beraksi dari luar gelanggang... Apakah perasan golongan ini??? Kita mampu tafsirkan.....

Tetapi sampai disitu sahajakah pengajarannya??? Mahu menang haruslah lebih hebat??? Yang hebat tidak semestinya di atas... Akan tiba masanya untuk golongan lain...  Berilah sokongan kepada orang lain kerana akan tiba masanya orang lain menyokong kita... Kekalahan bukan sepenuhnya tewas...  "Ia" penuh dengan 1001 isi!! Ukhwah persahabatan, toleransi, tarbiyah diri ada dalam kekalahan....

Jika kalah di dalam gelanggang tetapi tetap memberi semangat kepada yang lain di luar gelanggan adalah sangat style.... Tewas dalam gelanggang tetapi luar biasa di dalam hati ^_^


1 comment:

FahruL said...

mne lwn mne nih?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...