Monday 26 March 2012

5 WASIAT UTUSAN TERULUNG

Daripada Nabi Muhammad s.a.w, “Pada waktu malam saya diisrakan sampai ke langit, pada saat isra tersebut Allah S.W.T  telah memberikan 5 wasiat kepadaku, antaranya :

  • Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau

  • Jadikan cintamu kepada-Ku  kerana tempat kembalimu adalah kepadaku

  • Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga

  • Putuskan harapan daripada sesama makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikit pun tidak ada kuasa pada tangan mereka

  • Rajinlah mengerjakan solat tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu ada dalam qiamullail.


Tuesday 13 March 2012

10 LOKASI TERPENCIL DI DUNIA

10. EASTER ISLAND
       -Ukuran pulau ini hanya sekitar 112 kilometer persegi dengan penghuni seramai kira-kira 4000 orang.  
         Patung-patung raksasa atau Moai yang ada di sana dibina oleh penghuni awal pulau ini. Pulau ini tiada
         pokok kerana, pokok telah ditebang untuk mengangkat patung raksasa tersebut.


9. LA RINCONADA, PERU
      -Terletak di ketinggian Pergunungan Andes sekitar 5100 di atas permukaan laut.
        Kota ini berdiri di atas lapisan ais yang membeku dan hanya dapat dicapai dengan kenderaan khusus
        menempuh jalan di rabung yang curam dan berangin selama berhari-hari.



8. STESEN MCMURDO, ANTARTIKA
    -Berada di bahagian bawah bola dunia a.k.a globe. Perjalanan hendak ke sana menggunakan kapal laut  
     dan akan memakan masa berbulan-bulan, bahkan bertahun. Sekarang dah grand sikit, ada tiga landasan
     udara yang membantu mempercepat masa perjalanan.


7.SEMENANJUNG CAPE YORK, AUSTRALIA
    -Wilayah yang sangat luas ini hanya dihuni 1800 orang, sebahagian besar merupakan pendudk asli
      australia iaitu suku Aborigin. Ada beberapa wilayah yang hanya dapat dituju dengan menggunakan
      helikopter.
nie suku Aborigin....hunga-hunga....
Nie view dari atas

6. ITTOQQORTOORMIIT, GREENLAND
     -Greenland merupakan pulau terbesar di dunia. tapi Jumlah penduduk hanya 57000 orang.
      Ittoqqortoormiit(berbelit lidah...haha) adalah satu dearah yang memiliki luas sama macam England...fuhh!!
      Tapi penduduk 500 orang jeh. Murid-Murid sekolah tempat aq lagi ramai...hehe...


5. PULAU PITCAIRN
    -Berhampiran di tengah lautan pasifik. Pulau ini hanya dihuni sekitar 50 orang, sebahagian besar adalah
      keturunan anak Kapal HMS Bounty. Kapal ini terkenal kerana kes pemberontakan anak kapal yang
      melawan kapten kapal dan memilih tinggal di pulau ini setelah membakar kapal tersebut. Masa perjalanan
      untuk ke sana dengan menaiki kapal laut kira-kira 10 hari dari New Zealand



4. ALERT, NUNAVUT, KANADA
    -Kampung kecil ini berada di lautan Artik, hanya sekitar 800 km dari kutub utara. Dikenali sebagai lokasi
      berpenghuni tetap paling utara di dunia.Suhu tempat tinggal biasa jeh, tak sejuk pun, hanya 40 darjah di
      bawah sifar...hehe..


3. KEPULAUAN KERGUELEN
    -Dikenali sebagai kepaulauan sunyi kerana terpisah jauh daripada peradaban. Tidak ada landasan udara di
     sana. Satu-satunya jalan untuk ke sana hanya melalui laut iaitu selama enam hari dari Reunion, pulau kecil
     di perairan pantai madagascar.


2. MOTUO COUNTY, CHINA
    -Satu-satunya lokasi di china yang belum memiliki kemudahan jalan dan tiada kemodenan. Motuo banyak
      menyimpan khazanah alam dan digelar syurga tanaman serta dianggap kota paling suci di Tibet.


1. TRISTAN DE CUNCHA
     -Tempat berpenghuni yang paling terpencil di dunia. Pada tahun 1800, sekelompok kecil pendatang dari
      England, Itali dan Amerika mula tinggal di sini. Penduduk pulau pada masa ini kira-kira 270 orang.
      Tempat ni dah ade saluran televisyen dan kemudahan internet melalui satelit. Entah2 lagi laju daripada
       internet rumah kite...hahaha... Keadaan pulau berbatu dan tidak mungkin ada pembangunan landasan
       udara dan jalan pengangkutan yang ada melalui laut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...