Thursday 28 February 2013

CATATAN 27HB FEBRUARI 2013


Aktiviti hari ni macam biasa....pergi kelas...balik kelas... rehat.... pergi kelas...balik.... Cuma sebab hari ni hepi bufday, terasalah hepi di dalam hati ^_^

Tq lah kepada akhi Daniel yg memang seorang pemalu, cakap pun pandang bawah, tiba-tiba pergi depan buat announcement  pasal birthday.... What the malu kot.... Dalam kelas xpe lg... Dalam kuliah plak... Mereka-mereka di dalam kuliah pun bernyanyi.... *tunduk kepala, segan-segan.... Tak mampu dah nak larikan diri...haha....

Antara ucapan-ucapan drpd rakan2 :

#selamat hari lahir.....jgn lupe dtg kenduri kahwin aq...
#hepi bufday.... tahniah dgn pertambahan 1 no dlm umur mu....
#happy birthday dato bandar seri tun tan sri tuanku yang berbahagia nanti nak kahwin jangan lupa nak jemput member kat utaghaaaa ni..
#sanah helwah jiranku...
#LISTEN LISTEN LISTEN! Selamat hari menetas roomate ku.. harap kau panjang umo and dimurahkan rezeki laa
# Moga Allah berkati usia...

21 tahun sudah.... banyak lagi kekurangan yang perlu dibaiki dan dipelajari.... 



bersama mat bunga...haha




# Hidup ini seperti piano. Hanya ada warna putih dan hitam. Namun, ketika tuhan memainkannya, semuanya menjadi indah...Hidup ini ada suka dan duka... Harus ada keduanya, barulah wujud anugerah kesyukuran dan nikmat pengajaran.... ^_^






Sunday 24 February 2013

PERASAAN MENJADI PENONTON


Adat permainan menjadi pihak yang kalah atau yang menang... Yang tersusun, ada pengalaman, penuh tektikal, tenang dan punya rezeki akan menang manakala yang baru mencuba, mencari pengalaman, main bersahaja dan bergembira sudah tentu kemungkinan besarnya akan tewas dan pasrah dengan senyuman.....

Ada "pihak" yang punya sedikit pengalaman, yakin dan bersedia mengerah tenaga untuk menang.... Tetapi tersungkur awal....
Ada 'golongan" yang terlalu sedikit pengalaman, yakin tetapi tidak terlalu bersedia, persepsi akal hanya mahu meredah halangan yang bakal dilalui..... Tetapi golongan mampu melangkah jauh....

Apakah perasaan "pihak" yang tersungkur awal??? Ditambah pula dengan "golongan" yang dilihat "biasa-biasa" mampu melangkah jauh???

"Pihak" yang tersungkur awal hanya mampu menjadi penonton, melihat golongan "biasa-biasa" beraksi dari luar gelanggang... Apakah perasan golongan ini??? Kita mampu tafsirkan.....

Tetapi sampai disitu sahajakah pengajarannya??? Mahu menang haruslah lebih hebat??? Yang hebat tidak semestinya di atas... Akan tiba masanya untuk golongan lain...  Berilah sokongan kepada orang lain kerana akan tiba masanya orang lain menyokong kita... Kekalahan bukan sepenuhnya tewas...  "Ia" penuh dengan 1001 isi!! Ukhwah persahabatan, toleransi, tarbiyah diri ada dalam kekalahan....

Jika kalah di dalam gelanggang tetapi tetap memberi semangat kepada yang lain di luar gelanggan adalah sangat style.... Tewas dalam gelanggang tetapi luar biasa di dalam hati ^_^


Saturday 23 February 2013

AMRU BIN JAMUH

Amru Bin Jamuh ialah salah seorang sahabat nabi. Dalam konteks ini sahabat bermaksud orang yang berjumpa dengan nabi dan mati dalam keadaan islam.

Amru Bin Jamuh mengalami kecacatan pada bahagian kaki, OKU lah senang cerita....dan ada 4 orang anak....

Pada ketika itu ada perang yang bakal berlaku.... Melihatkan keadaan Amru Bin Jamuh yang serba kekurangan, 4 orang anak Amru Bin Jamuh telah berjumpa dengan nabi Muhammad S.A.W meminta kebenaran agar ayahnya tidak menyertai peperangan itu... Permintaan itu diterima...

Selepas beberapa ketika datanglah Amru Bin Jamuh kepada baginda untuk meminta kebenaran menyertai perang... Tetapi permintaan Amru Bin Jamuh ditolak oleh baginda walaupun telah diminta, dirayu berkali-kali....Pulanglah Amru Bin Jamuh dengan hampa....

Apabila gendang perang dibunyikan tanda angkatan tentera akan berangkat, Amru Bin Jamuh semakin gelisah.... Dia ingin berjumpa dengan dengan Baginda sekali lagi untuk meminta kebenaran menyertai peperangan.... Sebelum berjumpa Baginda, Amru Bin Jamuh berpesan kepada anak-anaknya "...jangan halang perbuatan ku, jika tidak boleh menjamin syurga kepadaku..."

Dapatlah Amru Bin Jamuh menyertai peperangan setelah meminta kebenaran daripada Rasulullah S.A.W...
Semasa dalam perjalanan Amru Bin Jamuh telah berdoa kepada Allah " Ya Allah, matikanlah aq dalam syuhada dan janganlah kembalikan aq kepada keluargaku...."  Dan di dalam peperangan syahidlah Amru Bin Jamuh seperti yang didoakan...................

# Adakah kita yang sempurna mempunyai keinginan setinggi Amru Bin Jamuh ???
# Kerahlah tenaga demi agama, sesungguhnya Allah menilainya  ^_^




Tuesday 12 February 2013

PERGINYA IMAM HASAN AL-BANNA

Hari ini 12hb februari adalah tarikh perancangan pembunuhan Imam Hasan Al-Banna...

Beliau dibunuh kerana ditembak pada waktu tengah hari 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan pertubuhan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan tidak diberikan rawatan semasa dalam keadaan tenat.  Pembunuhan beliau  dirancang oleh polis rahsia kerajaan.
Dinasihatkan rakan-rakan dapat google rentetan peristiwa pembunuhan kejam Hasan Al-Banna, supaya kita tahu sedikit sebanyak kisah ini.
Anda perlu tahu kisah ini dan perlu tahu kehebatan Imam Hasan Al-Banna supaya sedar sejauh mana komitmen kita terhadap islam dalam tempoh usia yang dimiliki sekarang.

Di antara para tokoh, dia adalah sumber inspirasi. Di antara para pemimpin dia adalah tenaganya. Di antara para ulama dia adalah panglima dalam berhujah. Di antara para filosuf dia adalah rujukannya. Di antara para pemidato dia adalah singanya dan di antara para penulis dia adalah dutanya. Pada masing-masing bidang dia muncul sebagai watak yang istimewa.







WHEN THAT SOUL COME........

Orang yang kamu cintai itu milik Allah.... So, mintaklah kat Allah...
Nak cakap rasa serba salah... Betul ke cara ni, dia minat ke, layak ke aq nih,etc.......
Kalau x cakap, nanti.................. haishhhhhhhh.....

Biarlah masa menentukan.... Harap-harap datanglah peluang tu.... ehem!
 
Terjumpa masa blogwalking :-
Tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu, ia akan datang sendiri hasil usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala... Mohon dengan Allah, Allah bagi segalanya. Cepat atau lambat bukan kita yang tentukan. jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa dan tidak boleh dilengah apabila sampai masanya.....















Saturday 9 February 2013

TERLENA SEKETIKA

Manusia akan hanyut dengan 2 nikmat.... Yakni nikmat sihat dan nikmat masa lapang....
"Orang yang kenal Allah & kenal anugerah dunia menganggap sakit sebagai satu nikmat"



Kadang-kadang Allah beri sakit kerana benci....
Kadang-kadang Allah beri sakit kerana kasih....
Kadang-kadang Allah beri sihat kerana benci....
Dan, Kadang-kadang Allah beri sihat kerana kasih...

Allah beri sihat kerana benci???
Firaun dalam hidupnya tidak pernah berasa sakit.... Sehinggakan pernah bertanya pendapat tentang rasa sakit kepada pengawal peribadinya.....
Nikmat sihat berpanjangan menyebabkan Firaun kufur no 1 atas muka bumi....
Allah beri sihat sebagai istisraj (dorongan) supaya bertambah sesat kepada Allah...

#Semasa roh hendak keluar daripada jasad, mata akan nampak apa yang dia kasihi  atas dunia.... Oleh itu, perlulah kita kasih kepada pekara yang baik selagi peluang masih terbuka.

#Pesanan kepada diri sendiri yang sentiasa terleka dan perkongsian bersama untuk rakan-rakan yang
dikasihi (^_^)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...