Friday 3 April 2015

NILAI KEMANUSIAAN


Dekat Malaysia ni sebenarnya banyak lagi orang yang sangat memerlukan bantuan. Harga naik macam macam, cukai itu ini pun ada yang masih support. Bukan nak bash, tapi bacalah dulu.
Ada struggle hari hari untuk survivekan family mereka. Ni bukan drama dalam tv tapi realiti Malaysia yang kau boleh cari. Ada yang nak isi minyak moto RM 1 je mampu. Duit lain untuk benda lain. Minyak tetap kena isi sebab nak gerakkan moto kapcai yang satu satunya kenderaan yang ada.

Mungkin salah mereka jadi miskin. Siapa suruh bodoh masa zaman muda muda. Kalau kuat usaha mesti dah senang sekarang. Siapa suruh gatal kahwin. Anak dah ramai baru nak susahkan orang lain.
Moga yang berkata seperti  ini dirawat hatinya dan kurangkan menghukum orang lain. Yang kuat menghukum ini, moga pengajaran datang dan buka minda tentang realiti kesusahan menahan hukum manusia.

Bila ada orang volunteer nak perjuang hak rakyat awak caci. Tiada yang mahu perjuang pun awak juga merungut. Bila terkena pada muka, baru tahu nak dalil, mahu ungkit segala sejarah.

Bantulah orang orang yang sangat sangat memerlukan. Mereka juga manusia, ada maruah, cuma bukan maruah yang direndahkan, tetapi hati  mereka ada yang kuat memikirkan nasib anak anak atau adik adik. Kadang kadang manusia itu  sendiri yang sering meragut sesama mereka. Yang lemah harus terus tabah dan yang kuat terus jadi maharaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...