Thursday 26 December 2013

SELAMATKAH KITA??




Assalamualaikum...

Tu gambar makcik yam... Warga emas, seorang OKU(bisu), sebatang kara, tanpa saudara mara dan menyara hidup dengan menjual sayur-sayuran di pasar... Meninggal sudaa makcik nih... Mungkin makcik OKU ni banyak sangat duit, sampai kena rompak... Mungkin makcik nih kuat sangat sampai 3 orang baru mampu pukul orang tua nih... Mungkin banyak sangat dosa makcik nih sampai mesti, mesti dan mesti dipukul sampai koma, patah tangan dan rahang... So bumi Malaysia dah kurang mcm 1 beban... kan?? kan??





"Kita minum air, kawan tanya rasa dia mcm mana... kita pun terang, bla bla bla... Kawan tu mesti faham... Tapi hanya faham lah... Tak tahu rasa sebenar... Kecuali kalau kawan kita rasa sendiri air tu"

Nak tahu kesusahan orang lain, pergi teroka sikit hidup dia mcm mana....

Gambar tu time Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013... Aku pergi rasa sendiri... Kenapa pakcik ni boleh nak pergi dan nak derma plak?? Kerajaan sebelum ni kan berjaya membuatkan Malaysia aman dan kebajikan rakyatnya terjaga, apatah lagi aspek agama yg semakin kukuh... Mungkin pakcik ni kurang cerdik dan tertipu lah?? so puluhan ribu yg lain pun tertipu??

Come on lah, jangan lah jadi sampah sangat... Ambillah tahu sikit... Dah masuk U ingat makin kembanglah fikiran tu... Ni makin sampah plak... Tak suruh undi parti mana2 pun.. Atleast ambil lah tahu... Buatlah something... Kita mungkin kaya, boleh hidup... Kesihanlah dekat orang2 lain... Ada yg mampu bagi susu pekat dalam tin je kat anak dia, dah tak mampu nak beli susu tepung...

Mulalah muncul typical melayu, "buat anak pandai, sara tak pandai".... Ni semua typical sampah... Homeless melayu ramai, subjek pendidikan Islam utk PMR sampai 6 ribu lebih gagal... Dah mcm mana ni??

Ni salah bersama... ambil lah tahu, buatlah something... Ni duk fikir perut sendiri je... Bala turun bukan kena yg buat dosa je, yg tulis post ni, yg baca post ni yg duk  fikir kubur masing2 tu sekali kena...

***Al-fatitah utk makcik yam   T__T




Friday 13 December 2013

SMALL FAMILY OF DIRECT INTAKE


Kadang-kadang sistem uia yang mengarut, berat sebelah... Luahan hanya antara kami...
Come on, life not short, but very short... dont make it meaningless!



"Untuk manusia, Allah tidak pernah memberi kisah yang sia-sia"  ^_^




Berfutsal utk guuumbiraa

ada kucim kat beelakang.. *meow

Sunday 8 December 2013

HATI PUTIH MELIHAT TUHAN



Setiap orang melihat Yang Tak Terlihat
dalam persemayaman hatinya.
Dan penglihatan itu bergantung pada seberapakah
ia menggosok hati tersebut.
Bagi siapa yang menggosoknya hingga kilap,
maka bentuk-bentuk Yang Tak Terlihat
semakin nyata baginya








Wednesday 13 November 2013

THIS IS INSANE!!


Pada yang rasa down, lifeless, rasa mcm tak nak hidup tu boleh rasa kenikmatan-kenikmatan dunia ini sebelum melakukan perkara pelik-pelik yang merugikan!

Banyak nikmat atas dunia ni, contoh macam oreo cheese cake, oreo ice cream cake *melting*....rugi lah kalau rasa hidup ni lifeless...

Share benda yang berharga, makan yang sedap sama-sama, jalan-jalan menikmati keindahan alam ciptaan Allah... Tak cukup bermakna???


Hidup sekali je, buatlah apa yang patut, usahalah apa yang diidamkan, nak menyesal biar lepas mencuba =D



pink ada, turqouise ada...





*melting*


*melting lagi sekali*


pic credit to budak yg ada sama interest  dgn saya  ^_^






















Wednesday 6 November 2013

1435 HIJRAH


Daripada agama yang kecil berkembang menjadi agama terbesar dan termahsyur dunia...
Daripada kelompok minoriti yang lemah menjadi golongan majoriti perkasa dalam pelbagai bidang...
Daripada umat yang lemah dan hina menjadi umat terbilang penuh ketamadunan...

Hijrah nabi Muhammad saw daripada aspek mata kasar nampak seperti "undur ke belakang". Tetapi sebenarnya Rasulullah undur untuk mengambil lajak agar dapat melangkah dengan lebih besar. 

Semua yang Rasulullah buat A-Z ibarat macam nak menegakkan tiang yang besar... Hanya tubuh yang besar, tenaga yang kuat dan banyak aspek lain yang mampu mendirikan tiang tersebut... Tugas kita yang lemah-lemah ni, pertahankan tiang tersebut daripada jatuh, beri perlindungan dan buat perkara yang akan mengukuhkan tiang tersebut...

*kebenaran tetap kebenaran... terimalah kenyataan.

=D


Thursday 17 October 2013

MALAM AMAL RAUDHATUS SAKINAH (MARS)



Raudhatus Sakinah telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). Raudhatus Sakinah merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya dalam kalangan remaja puteri. Raudhatus Sakinah telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Raudhatus Sakinah diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang menjadi mangsa sosial.  Raudhatus Sakinah berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat dalam meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat

Selain itu, terdapat juga usaha sampingan daripada pihak Raudhatus Sakinah dalam mencegah gejala sosial dalam kalangan remaja :

  1. Mengadakan kempen /progam "Anda Bijak Jauhi Zina"
  2. Mengadakan Siri-siri Ceramah sebagai usaha pencegahan

Jom zass usaha-usaha kempen ini !


SMK Sg Puteri, Kuala Rompin Pahang

SMK Dato Bentara Luar , Batu Pahat , Johor

ABJZ di Kolej Vokasional Klang


ABJZ di SMK Seksyen 5, Wangsa Maju



ABJZ di SK Saujana Impian, Kajang

ABJZ di SMK Tunku Besar Burhanuddin, Kuala Pilah, Negeri Sembilan


ABJZ Di SMK Taman Tasik , Taiping, Perak

Terdapat banyak lagi sekolah yang telah diadakan kempen tersebut seperti Kedah , Terengganu dan hinggakan di Sarawak. Lebih lanjut tentang kempen ini https://www.facebook.com/abjz.rs



Objektif Malam Amal Raudhatus Sakinah 2013 :
1. Menjana dana bagi pembangunan Pusat Bimbingan dan Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah
2. Meluaskan keperihatinan masyarakat dan berkongsi rasa kasih terhadap remaja dan belia yang perlukan perhatian dan bimbingan




Untuk keterangan lanjut mengenai MARS, cara memberikan sumbangan boleh layari http://www.raudhatussakinah.com/ . 


Ringkasan untuk Malam Amal Raudhatus Sakinah






*Mereka memerlukan bantuan kita, salahkah mereka jadi begitu?? Apa pula peranan kita?
Berilah sokongan dan melalui dana ini sedikit sebanyak dapat  membantu mereka... Hendak beri walaupun RM 1? Teruskan, Allah melihat, balasan kebaikan tetap ada... =D
*Masih ada masa sebelum disoal oleh Allah kelak mengenai keruntuhan akhlak remaja kita
*Genggam dunia di tanganmu, letakkan akhirat di hatimu



Tuesday 15 October 2013

PESANAN MUROBBI DI EID ADHA


Pesanan Murobbi di Eid Adha.....

Begitu ramai yang berdoa tanpa usaha. Dan juga mereka yang berusaha tanpa  doa

Ingatlah, orang yang bersinar dalam gelap jahilliah itu adalah mereka yang berusaha dengan tawakkal yang benar, bukan hanya dengan beretorik semata-mata.

Di Eid Adha ini, marilah kita memeriksa kembali  ketawakkalan kita kepada Allah. Apakah benar atau hanya sekadar ucapan di bibir??

Yang benar, bersyukurlah. Yang palsu, perbetulkanlah.

Semoga sinar pegorbanan ibrahim yang penuh dengan tawakkal tersemai ke jiwa2 kita.

Dan bertawakkallah, kemudian bersinarlah!!!




Saturday 31 August 2013

MERDEKA #56


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56....

Adakah kita memahami maksud istilah ini??

Kos sara hidup makin tinggi, kadar jenayah makin meningkat dan statistik gejala sosial yang semakin menyedihkan lebih-lebih lagi dalam kalangan orang melayu....  Kasihan bagi mereka yang hidupnya makin tersepit... Makan berkira, baju memilih... Ada diploma, mahu sambung degree... Terfikir adik-adik yang lebih memerlukan ilmu, terpaksa berhenti study kerana memikirkan tanggungjawab sebagai dewasa...
Kita memahami?? Nope...  sebab:

  1. Kita malas ambil tahu 
  2. Tak terkena batang hidung sendiri lagi 
  3. Typical Melayu 
  4. Bajet tahu cara lain, walhal cara tu pun tahu dari cerita kasar kawan-kawan
Masuk sendiri dalam jalanan.... Pernah lihat wajah orang yang hidup tersepit bersyukur even dapat seringgit?? Terlalu menyedihkan!! Yang terasa bertanggungjawab akan membantu, tapi yang otak typical mcm sampah ni yang susah... Akan keluar lah ayat-ayat  zakat ade lah, hape lah blablablablaa.....
Zakat?? Dah laa orang tu miskin, kau suruh dia terhegeh-hegeh pergi pejabat zakat yang birokrasi bertingkat tu?? Ohhh lupa... Orang miskin maruah sikit, kau maruah banyak sikit... Orang zakat tu patut pergi cari orang miskin.... Tak boleh kaa?? Saidina Umar cari sendiri orang miskin masa pemerintahannya... Ke kau lagi hebat dari Saidina Umar?? Ibadah superb laa? Kalau cite pasal part-part financial akan ada je yang nak menang + argue.... Sampah. Kang kalo yg tersepit ni masuk agama lain mula lah nak meroyan sana sini... Salahkan agama lain... Dah agama lain nampak tu peluang, dieorang ape lagi... Yang kita ni tak abai saudara sendiri???



Belum masuk part lain lagi tu contoh macam pemikiran... Hari-hari kena canang dengan media.. Pemikiran dibonzaikan.. Universiti sepatutnya tempat idea dipertandingkan  dihalang... Tu lah, macam-macam... Kalau kata xbersyukur, nanti kena keluar Malaysia plak... Satu lagi typical sampah...

Wahai manusia, sesungguhnya kita bersaudara... Bantulah pada yang memerlukan, akhirat kelak kau tidak akan dipersoal.....

*Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia kasih kepada saudaranya seperti mana dia kasih terhadap dirinya*


Thursday 22 August 2013

PADA YANG MUDA


Kau orang  muda terlalu cepat menghukum,
terlalu suka menuduh.
Sabar dulu, sehelai halaman kitab tidak menjadikan ulama,
walaupun kau menghunus keris dan memaksa sekampung manusia memanggilmu  demikian.
Hidup perlukan usia,
 jangan terlalu tau di waktu kau belum faham.

SN Muhammad Haji Salleh
(Ceritera yang Kedua Puluh Enam (ii) dlm. Sajak-sajak dari sejarah Melayu,1981)

Wednesday 14 August 2013

PLEASE PRAY FOR EGYPT


Leka dengan hidup sendiri?? Sila berhenti dan ambil tahu.......

Terdapat kisah di mana seorang wanita hampir dicabul pada zaman Rasulullah, dan baginda hampir melancarkan perang terhadap puak-puak tersebut....
Tak nampak lagi??? Baru seorang tu, Baginda dah buat macam tu.... Punyalah jaga!!

Sekarang?? Kalau wanita kat dalam tahanan tu dah kena rogol ulang-ulang.... Weh, perempuan laa tuu, tak berharga ke?? Lelaki, pijak-pijak je...  Macam sampah tahu.... Ohh, lupa.... kita tak tahu.. kita tak faham.... Sebab tak ada adik kakak sendiri yg kena rogol... Tak ada pakcik atau abang yang kena pijak-pijak... Awek/pakwe sendiri lagi tinggi darjat... "Nak kecoh apa pasal negara orang??"... Typical melayu sangat...

Kalau bukan kita siapa lagi?? Goggle je kalo nak tahu kekejaman sebenar... Media Malaysia ni faham2 lah... Syiah pun  back up... Sampah sangat...

PLEASE PRAY......................................................................


Tuesday 23 July 2013

RAMADHAN 1434H #6

Ramadhan al-mubarak.... dah 15 hari puasa... Adakah kita menggunakan peluang dengan merebut tawaran-tawaran lumayan yang disediakan oleh Allah?? Jika 15 hari lepas kita hanya menahan lapar dan dahaga, sesungguhnya kita telah rugi......

Dah2... Tak guna menyesal... so, baki hari yg tinggal ni guna laa dengan sepenuhnya...

Sesungguhnya seorang mukmin itu senantiasa tenang.... Bila hadirnya ujian, dia bersabar... Bila hadirnya nikmat, dia bersyukur.... =D



IFTAR + REUNION

Lame sudah xbertemu selepas habis stpm... Uni jauh2 plak... Akhirnye dpt jgk peluang berjumpe =D.
Time f6 jejaka ade 4 je, yg laen sume puteri gunung ledang..haha.... So, sume bende kne lah berempat...
Mcm cite P.Ramlee, yg bertajuk Do Re Mi Fa...hahaha
Disebabkan ego aq tinggi mcm klcc, aq xckp laa rindu time jumpe tu... hewhew...

Hussin...keje suda skrg, moge terus dimurahkan rezeki


Husam.....eh azam name beliau...haha.. nmpk xpermainan die, lari arah lain...haha

my rival aka Raja Hanafi.... fight study dlm kelas =D.  Tp pkcik blakang tu..... knp??



i'm LEGEND!! hehe


moga dpt bertemu lg... Teruskan menuntut ilmu dan mencari redha-Nya ^_^

Monday 22 July 2013

RAMADHAN 1434H #5


"Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata buruk dan beramal dengannya, maka Allah tidak akan berhajat pun kepada usahanya yang meninggalkan makanan dan minuman"


Mulut ada kaitanya dengan hati.... Apabila manis kata-kata yang dilafaz, manis jualah hatinya... =D

Monday 15 July 2013

RAMADHAN 1434H #4

"Barang siapa yang mendirikan Ramadhan (solat tarawih) atas dasar iman dan kesucian, diampuni segala dosanya yang terdahulu " (Riwayat Bukhari)




Friday 12 July 2013

RAMADHAN 1434H #3


"Setiap hamba yang berpuasa dijalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" (Bukhari Muslim)



Thursday 11 July 2013

Wednesday 10 July 2013

RAMADHAN 1434H #1

"barang siapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan diampunkan baginya apa yang telah lalu daripada dosanya"

Fahamkan maksud keimanan dan pengharapan supaya kita tidak hanya berpuasa kosong sahaja...

*Jadikan ramadhan sebagai langkah permulaan untuk pembersihan dan pembaharuan.... Agar dapat beri nafas baru dalam diri =D



Friday 7 June 2013

MAHA KARYA


Nikmatilah segala pemberian segala pemberian selagi diberi oleh-Nya... Mata untuk melihat, menilai , memahami....

Allah segala Maha Karya... Lukisan-Nya pada hari ini tidak akan sama pada hari esok... Keadaan matahari terbenam pada hari ini tidak akan sama pada hari esok... Susunan awan, warna langit yg digunakan... Begitu juga dengan taburan bintang... Susunannya, sinar bintang yg digunakan... Amatlah rugi bagi mereka jika tidak menghayati lukisan-lukisan ini jika mempunyai peluang....


Sesungguhnya lukisan-lukisan indah ini mempunyai roh... Dalam kita melihatnya, pasti akan terpesona dan terbit rasa kagum dan memuji kepadanya... Nikmatilah selagi mendapat redhanya, kerana lukisan hari ini tidak sama pada esok dan tidak mungkin sama pada hari semalam... =D


suatu petang di Mahallah Ali, Uia

Sunday 19 May 2013

KORUPSI

Dari Abdullah Bin 'Amr R.A.. katanya : Dalam tanggungan rumah tangga Nabi SAW. ada seorang lelaki yang bernama Kirikirah. Apabila dia mati, Rasulullah SAW bersabda: dan mendapatkan jubah(baju) yang diperolehinya hasil daripada pengkhianatan.
(H.R Bukhari)

#Takutlah kepada seksaan Allah ,Kerana sememangnya pasti... Gambaran neraka sebenarnya lebih dahsyat daripada gambaran pemikiran kita......

Sunday 7 April 2013

BERSABARLAH =)


 Mafhum dari hadis Nabi SAW :

Ketika Allah rindukan hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. 

Dalam hadith kudsi Allah berfirman, "Pergilah pada hambaku, lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"







Sunday 24 March 2013

KASIHI SAUDARAMU

Daripada Anas r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Tidak sempurna iman seseorang  daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"



Kasihkah kita pada saudara kita?? Setarafkah kasih kita kepada diri sendiri dengan kasih kepada sahabat seislam??







Friday 8 March 2013

PERGINYA USTAZ ABDUL BASIR ALIAS


AL-FATIHAH................. T_T

Moga roh Ustaz senantiasa dicucuri rahmat Allah.....

Hidup ini singkat...akan ada "expirednya"... Cuma tidak tahu bila tarikh jemputannya....

Ustaz Abdul Basir mengajar dengan lantang, terang, jelas dan nyata dalam kuliahnya.... Semua ilmu , fakta, hukum ada hujahnya, ada buktinya....  Sentiasa mendukung cita-cita islam.... Tetapi Allah lebih sayangkan Ustaz Basir..... adakah akan ada pengganti yang setanding?

Yang berjuang ke jalan Allah ditarik nyawanya tanpa disangka.... Kita yang punya sedikit nilai perjuangan, bagaimana?? Bersediakah kita??


#Yang berjuang ke arah kebenaran hidupnya disukai, disyukuri dan matinya ditangisi.


Thursday 28 February 2013

CATATAN 27HB FEBRUARI 2013


Aktiviti hari ni macam biasa....pergi kelas...balik kelas... rehat.... pergi kelas...balik.... Cuma sebab hari ni hepi bufday, terasalah hepi di dalam hati ^_^

Tq lah kepada akhi Daniel yg memang seorang pemalu, cakap pun pandang bawah, tiba-tiba pergi depan buat announcement  pasal birthday.... What the malu kot.... Dalam kelas xpe lg... Dalam kuliah plak... Mereka-mereka di dalam kuliah pun bernyanyi.... *tunduk kepala, segan-segan.... Tak mampu dah nak larikan diri...haha....

Antara ucapan-ucapan drpd rakan2 :

#selamat hari lahir.....jgn lupe dtg kenduri kahwin aq...
#hepi bufday.... tahniah dgn pertambahan 1 no dlm umur mu....
#happy birthday dato bandar seri tun tan sri tuanku yang berbahagia nanti nak kahwin jangan lupa nak jemput member kat utaghaaaa ni..
#sanah helwah jiranku...
#LISTEN LISTEN LISTEN! Selamat hari menetas roomate ku.. harap kau panjang umo and dimurahkan rezeki laa
# Moga Allah berkati usia...

21 tahun sudah.... banyak lagi kekurangan yang perlu dibaiki dan dipelajari.... 



bersama mat bunga...haha




# Hidup ini seperti piano. Hanya ada warna putih dan hitam. Namun, ketika tuhan memainkannya, semuanya menjadi indah...Hidup ini ada suka dan duka... Harus ada keduanya, barulah wujud anugerah kesyukuran dan nikmat pengajaran.... ^_^






Sunday 24 February 2013

PERASAAN MENJADI PENONTON


Adat permainan menjadi pihak yang kalah atau yang menang... Yang tersusun, ada pengalaman, penuh tektikal, tenang dan punya rezeki akan menang manakala yang baru mencuba, mencari pengalaman, main bersahaja dan bergembira sudah tentu kemungkinan besarnya akan tewas dan pasrah dengan senyuman.....

Ada "pihak" yang punya sedikit pengalaman, yakin dan bersedia mengerah tenaga untuk menang.... Tetapi tersungkur awal....
Ada 'golongan" yang terlalu sedikit pengalaman, yakin tetapi tidak terlalu bersedia, persepsi akal hanya mahu meredah halangan yang bakal dilalui..... Tetapi golongan mampu melangkah jauh....

Apakah perasaan "pihak" yang tersungkur awal??? Ditambah pula dengan "golongan" yang dilihat "biasa-biasa" mampu melangkah jauh???

"Pihak" yang tersungkur awal hanya mampu menjadi penonton, melihat golongan "biasa-biasa" beraksi dari luar gelanggang... Apakah perasan golongan ini??? Kita mampu tafsirkan.....

Tetapi sampai disitu sahajakah pengajarannya??? Mahu menang haruslah lebih hebat??? Yang hebat tidak semestinya di atas... Akan tiba masanya untuk golongan lain...  Berilah sokongan kepada orang lain kerana akan tiba masanya orang lain menyokong kita... Kekalahan bukan sepenuhnya tewas...  "Ia" penuh dengan 1001 isi!! Ukhwah persahabatan, toleransi, tarbiyah diri ada dalam kekalahan....

Jika kalah di dalam gelanggang tetapi tetap memberi semangat kepada yang lain di luar gelanggan adalah sangat style.... Tewas dalam gelanggang tetapi luar biasa di dalam hati ^_^


Saturday 23 February 2013

AMRU BIN JAMUH

Amru Bin Jamuh ialah salah seorang sahabat nabi. Dalam konteks ini sahabat bermaksud orang yang berjumpa dengan nabi dan mati dalam keadaan islam.

Amru Bin Jamuh mengalami kecacatan pada bahagian kaki, OKU lah senang cerita....dan ada 4 orang anak....

Pada ketika itu ada perang yang bakal berlaku.... Melihatkan keadaan Amru Bin Jamuh yang serba kekurangan, 4 orang anak Amru Bin Jamuh telah berjumpa dengan nabi Muhammad S.A.W meminta kebenaran agar ayahnya tidak menyertai peperangan itu... Permintaan itu diterima...

Selepas beberapa ketika datanglah Amru Bin Jamuh kepada baginda untuk meminta kebenaran menyertai perang... Tetapi permintaan Amru Bin Jamuh ditolak oleh baginda walaupun telah diminta, dirayu berkali-kali....Pulanglah Amru Bin Jamuh dengan hampa....

Apabila gendang perang dibunyikan tanda angkatan tentera akan berangkat, Amru Bin Jamuh semakin gelisah.... Dia ingin berjumpa dengan dengan Baginda sekali lagi untuk meminta kebenaran menyertai peperangan.... Sebelum berjumpa Baginda, Amru Bin Jamuh berpesan kepada anak-anaknya "...jangan halang perbuatan ku, jika tidak boleh menjamin syurga kepadaku..."

Dapatlah Amru Bin Jamuh menyertai peperangan setelah meminta kebenaran daripada Rasulullah S.A.W...
Semasa dalam perjalanan Amru Bin Jamuh telah berdoa kepada Allah " Ya Allah, matikanlah aq dalam syuhada dan janganlah kembalikan aq kepada keluargaku...."  Dan di dalam peperangan syahidlah Amru Bin Jamuh seperti yang didoakan...................

# Adakah kita yang sempurna mempunyai keinginan setinggi Amru Bin Jamuh ???
# Kerahlah tenaga demi agama, sesungguhnya Allah menilainya  ^_^




Tuesday 12 February 2013

PERGINYA IMAM HASAN AL-BANNA

Hari ini 12hb februari adalah tarikh perancangan pembunuhan Imam Hasan Al-Banna...

Beliau dibunuh kerana ditembak pada waktu tengah hari 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan pertubuhan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan tidak diberikan rawatan semasa dalam keadaan tenat.  Pembunuhan beliau  dirancang oleh polis rahsia kerajaan.
Dinasihatkan rakan-rakan dapat google rentetan peristiwa pembunuhan kejam Hasan Al-Banna, supaya kita tahu sedikit sebanyak kisah ini.
Anda perlu tahu kisah ini dan perlu tahu kehebatan Imam Hasan Al-Banna supaya sedar sejauh mana komitmen kita terhadap islam dalam tempoh usia yang dimiliki sekarang.

Di antara para tokoh, dia adalah sumber inspirasi. Di antara para pemimpin dia adalah tenaganya. Di antara para ulama dia adalah panglima dalam berhujah. Di antara para filosuf dia adalah rujukannya. Di antara para pemidato dia adalah singanya dan di antara para penulis dia adalah dutanya. Pada masing-masing bidang dia muncul sebagai watak yang istimewa.







WHEN THAT SOUL COME........

Orang yang kamu cintai itu milik Allah.... So, mintaklah kat Allah...
Nak cakap rasa serba salah... Betul ke cara ni, dia minat ke, layak ke aq nih,etc.......
Kalau x cakap, nanti.................. haishhhhhhhh.....

Biarlah masa menentukan.... Harap-harap datanglah peluang tu.... ehem!
 
Terjumpa masa blogwalking :-
Tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu, ia akan datang sendiri hasil usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala... Mohon dengan Allah, Allah bagi segalanya. Cepat atau lambat bukan kita yang tentukan. jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa dan tidak boleh dilengah apabila sampai masanya.....















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...