Wednesday 20 June 2012

BENDA WAJIB TAPI X IKHLAS, MACAM MANA???

Lakukanlah benda wajib walaupun TERPAKSA... Bertudunglah walau TERPAKSA... Solatlah walau TERPAKSA... Puasalah walau TERPAKSA... Kerana kewajipan itu memang kadang-kala sifatnya terpaksa.
Daripada keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas kerana-NYA...

Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah???

Hidayah perlu dicari bukan ditunggu. Macam makanan, kalau tak suap macam mana nak masuk dalam mulut...
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah ke atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya  "  -SURAH LUQMAN, AYAT 17
"....bersabarlah ke atas segala bala bencana yang menimpamu...."
Orang yang hendak berubah memang akan dapat banyak ujian... Kebanyakannya orang sekelilinglah yang banyak mempengaruhi.... Ada sahaja yang tidak kena...Maklumlah, tak biasa tengok orang buat baik...Itulah, inilah...Orang yang nak berubah tu pun jadi tak tahan, malu...akhirnya kembali pada keadaan asal...ishhh2....... itulah sedikit maksud tersirat keratan ayat di atas...

Ramai je kawan-kawan saya yang dulu tak pakai tudung sekarang dah pakai... Alhamdulillah... Boleh je dieorang buat... Maknenya bende tu mampu dan terpulang pada diri sendiri ^_^

Renung-renungkan....=)

Wednesday 13 June 2012

MARI BERKONGSI :: IKHLAS

Dalam Kamus Dewan, maksud perkataan ikhlas ialah hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura....
Ungkapan ikhlas menggambarkan pengertian tentang bersih, jernih, murni, dan suci daripada pencemaran sifat lain....

Ikhlas merupakan suatu sikap yang sukar dicapai oleh seseorang tanpa kesungguhan dan istiqamah... Ia bukan dihitung melalui banyaknya seseorang mengerjakan amalan atau lafaz keikhlasan yang diucapkan... Marilah kita ikhlaskan diri dalam melakukan semua perkara seperti berkawan mahupun berteman... Apabila sesuatu perkara dilakukan dengan niat tidak ikhlas, hasilnya amat merugikan, menyedihkan dan mungkin menyakitkan...

Ambillah ikhtibar daripada Rafiq yang pernah tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu.... Seperti mahu diputar masa agar kembali masa lalu...melakukan sesuatu yang benar-benar ikhlas kerana Allah terhadap seseorang...
Tetapi niat yang tidak ikhlas terlintas di dalam hati menyebab segalanya berubah... Tidak ada lagi kepercayaan apatah lagi ruang untuk memohon peluang.... Semuanya sudah terlambat, tidak ada langsung usaha yang mampu menembusi hati yang sudah berpaling... Tibalah masa merasa balasannya! Menyesal ialah jawapan yang pasti dan menyakitkan...

Pada rakan-rakan gunalah peluang dengan seikhlas mungkin kerana Allah sebelum terlambat.... Ketahuilah bahawa ikhlas itu tidak sesukar mana tetapi perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan memerlukan sikap istiqamah yang tinggi. Ambil pengajaran dan ingatlah, ikhlas kerana mahukan balasan daripada Allah.

Sunday 10 June 2012

PEREMPUAN BERTUDUNG VS PEREMPUAN TIDAK BERTUDUNG

"Conversation" antara perempuan bertudung dan perempuan tidak bertudung..... Kita sendiri yang dapat menilai.....
#sebagai renungan sahaja...tidak berkaitan dengan mana2 pihak


Renung-renungkan dan selamat beramal ( ^_.^)

sumber: kakifacebook

Wednesday 6 June 2012

MARI BERKONGSI ::SEBELUM TERLAMBAT

ASSALAMUALAIKUM......

Setiap insan tidak dapat memilih dengan siapa dia dilahirkan...... Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan ada juga yang dalam keluarga yang miskin....ada yang dapat penuh kasih sayang ada juga yang sebaliknya....dan macam-macam lagi.....

Sedarlah wahai teman, ada hikmah di sebalik semua kejadian.....jangan biarkan hidup berakhir begitu sahaja.... Berusahalah semampu mungkin cipta impian yang diidamkan...... Mungkin setiap hari tidak baik dan malang bagi kita...tetapi ingatlah ada sesuatu yang baik dalam setiap hari itu..

Berusahalah....Jangan berhenti berharap.... Selagi ada peluang, selagi bernafas teruskanlah..... Berfikirlah dahulu sebelum bertindak.... Jangan jadi seperti rafiq.... Bila semuanya dah terlambat.... Bagai rasa nak menjerit sekuat hati.... Nak lepaskan segala sesalan.... Cuba berusaha semula tetapi semua itu sudah tidak diterima...... Sudah terlambat!!! Tiada lagi jalan lain.... Mahu sahaja melakukan apa saja, untuk kembali... Sanggup menahan apa sahaja, sanggup mengalah...biarlah sedikit asalkan ada ruang.....Tetapi.....  Buatlah apa pun, sudah tidak berguna.... Pintu hati sudah tertutup, tiada sedikit ruang pun....Terasa mahu ditarik nyawa ini, oeh sebab punya iman yang serba kekurangan ini fikiran waras lagi berfikir....

Kepada teman-teman, buatlah sehabis baik....sedaya mungkin.... Allah is watching...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...