Wednesday 20 June 2012

BENDA WAJIB TAPI X IKHLAS, MACAM MANA???

Lakukanlah benda wajib walaupun TERPAKSA... Bertudunglah walau TERPAKSA... Solatlah walau TERPAKSA... Puasalah walau TERPAKSA... Kerana kewajipan itu memang kadang-kala sifatnya terpaksa.
Daripada keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas kerana-NYA...

Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah???

Hidayah perlu dicari bukan ditunggu. Macam makanan, kalau tak suap macam mana nak masuk dalam mulut...
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah ke atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya  "  -SURAH LUQMAN, AYAT 17
"....bersabarlah ke atas segala bala bencana yang menimpamu...."
Orang yang hendak berubah memang akan dapat banyak ujian... Kebanyakannya orang sekelilinglah yang banyak mempengaruhi.... Ada sahaja yang tidak kena...Maklumlah, tak biasa tengok orang buat baik...Itulah, inilah...Orang yang nak berubah tu pun jadi tak tahan, malu...akhirnya kembali pada keadaan asal...ishhh2....... itulah sedikit maksud tersirat keratan ayat di atas...

Ramai je kawan-kawan saya yang dulu tak pakai tudung sekarang dah pakai... Alhamdulillah... Boleh je dieorang buat... Maknenya bende tu mampu dan terpulang pada diri sendiri ^_^

Renung-renungkan....=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...