Wednesday 16 April 2014

KEEP CALM AND ISTIQAMAH

Ketika Nabi Ayub a.s diuji dengan kesakitan, kehilangan anak-anak dan lain-lain ujian, isteri baginda bertanya:

"Sampai bilakah perkara ini akan berterusan?"

Nabi Ayub a.s bertanya : "Berapa tahunkah kita diuji?"

"7 tahun" jawabnya

Nabi Ayub bertanya lagi: "berapa tahun kita dikurnia dengan nikmat yang pelbagai?"


"80 tahun" jawab isteri baginda.

Kata Nabi Ayub a.s lagi : "bagaimanakah sanggup kamu mempersoalkan ujian dariNya yang baru beberapa tahun, sedangkan nikmat telah Dia berikan kepada kita selama 80 tahun?"


Ujian tidak datang dengan suka-suka. Hikmah, penuh isi dan teladan.





credit to: Rabi'atul 'Adawiyah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...