Saturday 24 November 2012

PERHIASAN TERBAIK BAGI WANITA

Malu ialah perhiasan terbaik bagi wanita.
-ustaz syed Nurhisyam Al-idrus


Segala yang ada pada wanita tentulah mahal dan sesungguhnya perhiasan terbaik  di atas muka bumi ini ialah Wanita. 

 So jagalah/ lindungilah/ coverlah  diri kamu wahai wanita dan juga kamu wahai  bakal teman hidup saye yang berada entah di mana tu…  (^_^)




Thursday 22 November 2012

INDAH ATAU TIDAK... ALLAH BERI YANG TERBAIK


Adakalanya, jalan di hadapan kelihatan samar kerana kabus tebal menghalang pandangan. Lalu kita pun bimbang meneruskan perjalanan kerana tidak mahu apa yang sedang menanti di sebaliknya. Hakikatnya, kita memang tidak pernah tahu apa yang sedang menanti kita, namun yakinlah, indah atau tidak, pasti ada kebaikanya dalam keduanya. Allah hanya memberikan yang terbaik kepada hamba-hambaNYA.

-ibnu mussal





Saturday 17 November 2012

PLEASE PRAY =(


Ringankan mulut  berdoa untuk saudara kita di Gaza.... Tolonglah berdoa untuk mereka... Inilah tugas kita yang berada jauh dari mereka.... Doa senjata kita... Kita ada Allah !!!
Moga Allah meletakkan rasa gentar dalam hati musuh-musuh islam...


i don't care if you're not from that areanever been to that area,or even know anybody in that area,just know that your fellow muslim, brothers and sisters are struggling and dying!!take 5 minutes to raise your hand to Allah...to help all our muslims, please brothers and sisters around the world........................................



Friday 16 November 2012

BELAJAR MELUPAKAN...

Ada kalanya belajar melupakan seseorang atau sesuatu lebih baik daripada terus sakit menunggu atau diabaikan...

Insan yang kita kejar bersungguh-sungguh akan terus meninggalkan kita,,,, hanya mampu menoleh bila disapa... kemudian kembali  dengan dunianya tanpa menghiraukan kita dan mungkin hanya sekumit ingatan tentang kita...

 Belajarlah mengingati Allah dan Rasul... Allah pencipta perasaan ini , Maha Agung.. Rasulullah di saat kematian mengingati kita... Tidak cukupkah lagi tanda cinta Rasullullah terhadap umatnya???

Dalam bercinte, jadilah seperti askar.. Berjuang bersungguh-sungguh apabila tiba masanya dan letak senjata apabila tahu saat tiba kekalahan... Tidak guna berjuang bila tahu kesudahannya dan siapa pilihanya....

Ayat-ayat macam ni lah penahan hati dari jealous.....


Sunday 11 November 2012

NASIHAT



"Nasihatilah diriku dikala aku sendiri, janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat di dihadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu"
(Imam Syafie)


Jika ada rakan-rakan atau insan yang menasihati kita, ingatlah bahawa Allah sayangkan kita… Allah beri kekuatan kepada insan tersebut untuk menasihati kita… Agar kita tidak tersesat , terus melakukan kesalahan yang sama atau melakukan perkara yang tidak diredhai oleh Nya…






# Credit  to Nooraini Ahmad for words from Imam Syafie (^_^)


Sunday 4 November 2012

AHWALUL MUSLIMIN AL-YAUM

Ahwalul muslimin Al-yaum bermaksud keadaan masyarakat masa kini..... Kita perlu faham dan ambil bahagian dalam permasalahan yang melanda umat kini dan janganlah asyik Ber-Fifa, PES, buat hal sendiri sampai hal sekeliling buat dono jeh... Bila dah terkena diri sendiri, baru nak melatah and sewaktu denganya.....  Bersama mencari jalan penyelesaian dan utamakan resolusi berpandukan Al-Quran & sunnah dan  HARUSLAH dilaksanakan dengan penuh iltizam... (^_^)


Cakap, taip, memang dikatakan mudah.... Senang-senang je babitkan Al-Quran, sikit-skit Al-Quran... Tapi itulah realitasnya.... Terimalah bahawa kita Agama Islam yakni Sejahtera jika menganutnya... Sedarlah bahawa Malaysia, negare kita sentiasa mengalami masalah sosial... semua tahu, tapi tindakan??

Tak masuk cerita murtad lagi....  Kes Aishah Bukhari, Azlina Jailani, & Hartina Kamaruddin memang kita tahu cerite-cerite ni... FYI, tiga-tiga insan ni di didik atas asas agama yang kuat dan tukar agama kerana percintaan...  So, macam mana tiga-tiga ni boleh terjebak walhal punya basic agama yang kukuh??
Konklusinya, usaha jaga agama juga perlu ada... yang ade basic kuat pun boleh lupa siapa pencipta apatah lagi yang biasa-biasa nih....


Renungan bersama sebagai seorang muslim , Rakyat Malaysia dan penyokong Harimau Malaya... (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...