Thursday, 26 December 2013
SELAMATKAH KITA??
Assalamualaikum...
Tu gambar makcik yam... Warga emas, seorang OKU(bisu), sebatang kara, tanpa saudara mara dan menyara hidup dengan menjual sayur-sayuran di pasar... Meninggal sudaa makcik nih... Mungkin makcik OKU ni banyak sangat duit, sampai kena rompak... Mungkin makcik nih kuat sangat sampai 3 orang baru mampu pukul orang tua nih... Mungkin banyak sangat dosa makcik nih sampai mesti, mesti dan mesti dipukul sampai koma, patah tangan dan rahang... So bumi Malaysia dah kurang mcm 1 beban... kan?? kan??
"Kita minum air, kawan tanya rasa dia mcm mana... kita pun terang, bla bla bla... Kawan tu mesti faham... Tapi hanya faham lah... Tak tahu rasa sebenar... Kecuali kalau kawan kita rasa sendiri air tu"
Nak tahu kesusahan orang lain, pergi teroka sikit hidup dia mcm mana....
Gambar tu time Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013... Aku pergi rasa sendiri... Kenapa pakcik ni boleh nak pergi dan nak derma plak?? Kerajaan sebelum ni kan berjaya membuatkan Malaysia aman dan kebajikan rakyatnya terjaga, apatah lagi aspek agama yg semakin kukuh... Mungkin pakcik ni kurang cerdik dan tertipu lah?? so puluhan ribu yg lain pun tertipu??
Come on lah, jangan lah jadi sampah sangat... Ambillah tahu sikit... Dah masuk U ingat makin kembanglah fikiran tu... Ni makin sampah plak... Tak suruh undi parti mana2 pun.. Atleast ambil lah tahu... Buatlah something... Kita mungkin kaya, boleh hidup... Kesihanlah dekat orang2 lain... Ada yg mampu bagi susu pekat dalam tin je kat anak dia, dah tak mampu nak beli susu tepung...
Mulalah muncul typical melayu, "buat anak pandai, sara tak pandai".... Ni semua typical sampah... Homeless melayu ramai, subjek pendidikan Islam utk PMR sampai 6 ribu lebih gagal... Dah mcm mana ni??
Ni salah bersama... ambil lah tahu, buatlah something... Ni duk fikir perut sendiri je... Bala turun bukan kena yg buat dosa je, yg tulis post ni, yg baca post ni yg duk fikir kubur masing2 tu sekali kena...
***Al-fatitah utk makcik yam T__T
Friday, 13 December 2013
SMALL FAMILY OF DIRECT INTAKE
Sunday, 8 December 2013
HATI PUTIH MELIHAT TUHAN
Setiap orang melihat Yang Tak Terlihat
dalam persemayaman hatinya.
Dan penglihatan itu bergantung pada seberapakah
ia menggosok hati tersebut.
Bagi siapa yang menggosoknya hingga kilap,
maka bentuk-bentuk Yang Tak Terlihat
semakin nyata baginya
Wednesday, 13 November 2013
THIS IS INSANE!!
Pada yang rasa down, lifeless, rasa mcm tak nak hidup tu boleh rasa kenikmatan-kenikmatan dunia ini sebelum melakukan perkara pelik-pelik yang merugikan!
Banyak nikmat atas dunia ni, contoh macam oreo cheese cake, oreo ice cream cake *melting*....rugi lah kalau rasa hidup ni lifeless...
Share benda yang berharga, makan yang sedap sama-sama, jalan-jalan menikmati keindahan alam ciptaan Allah... Tak cukup bermakna???
Hidup sekali je, buatlah apa yang patut, usahalah apa yang diidamkan, nak menyesal biar lepas mencuba =D
![]() |
| pink ada, turqouise ada... |
![]() |
![]() |
| *melting* |
![]() |
| *melting lagi sekali* |
pic credit to budak yg ada sama interest dgn saya ^_^
Wednesday, 6 November 2013
1435 HIJRAH
Daripada agama yang kecil berkembang menjadi agama terbesar dan termahsyur dunia...
Daripada kelompok minoriti yang lemah menjadi golongan majoriti perkasa dalam pelbagai bidang...
Daripada umat yang lemah dan hina menjadi umat terbilang penuh ketamadunan...
Hijrah nabi Muhammad saw daripada aspek mata kasar nampak seperti "undur ke belakang". Tetapi sebenarnya Rasulullah undur untuk mengambil lajak agar dapat melangkah dengan lebih besar.
Semua yang Rasulullah buat A-Z ibarat macam nak menegakkan tiang yang besar... Hanya tubuh yang besar, tenaga yang kuat dan banyak aspek lain yang mampu mendirikan tiang tersebut... Tugas kita yang lemah-lemah ni, pertahankan tiang tersebut daripada jatuh, beri perlindungan dan buat perkara yang akan mengukuhkan tiang tersebut...
*kebenaran tetap kebenaran... terimalah kenyataan.
![]() |
| =D |
Thursday, 17 October 2013
MALAM AMAL RAUDHATUS SAKINAH (MARS)
Raudhatus Sakinah diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang menjadi mangsa sosial. Raudhatus Sakinah berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat dalam meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat
Selain itu, terdapat juga usaha sampingan daripada pihak Raudhatus Sakinah dalam mencegah gejala sosial dalam kalangan remaja :
- Mengadakan kempen /progam "Anda Bijak Jauhi Zina"
- Mengadakan Siri-siri Ceramah sebagai usaha pencegahan
Jom zass usaha-usaha kempen ini !
![]() |
| SMK Sg Puteri, Kuala Rompin Pahang |
![]() |
| SMK Dato Bentara Luar , Batu Pahat , Johor |
![]() |
| ABJZ di Kolej Vokasional Klang |
![]() |
| ABJZ di SMK Seksyen 5, Wangsa Maju |
![]() |
| ABJZ di SK Saujana Impian, Kajang |
![]() |
| ABJZ di SMK Tunku Besar Burhanuddin, Kuala Pilah, Negeri Sembilan |
![]() |
| ABJZ Di SMK Taman Tasik , Taiping, Perak |
Terdapat banyak lagi sekolah yang telah diadakan kempen tersebut seperti Kedah , Terengganu dan hinggakan di Sarawak. Lebih lanjut tentang kempen ini https://www.facebook.com/abjz.rs
Objektif Malam Amal Raudhatus Sakinah 2013 :
1. Menjana dana bagi pembangunan Pusat Bimbingan dan Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah
2. Meluaskan keperihatinan masyarakat dan berkongsi rasa kasih terhadap remaja dan belia yang perlukan perhatian dan bimbingan
Untuk keterangan lanjut mengenai MARS, cara memberikan sumbangan boleh layari http://www.raudhatussakinah.com/ .
Ringkasan untuk Malam Amal Raudhatus Sakinah
*Mereka memerlukan bantuan kita, salahkah mereka jadi begitu?? Apa pula peranan kita?
Berilah sokongan dan melalui dana ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka... Hendak beri walaupun RM 1? Teruskan, Allah melihat, balasan kebaikan tetap ada... =D
*Masih ada masa sebelum disoal oleh Allah kelak mengenai keruntuhan akhlak remaja kita*Genggam dunia di tanganmu, letakkan akhirat di hatimu
Tuesday, 15 October 2013
PESANAN MUROBBI DI EID ADHA
Pesanan Murobbi di Eid Adha.....
Begitu ramai yang berdoa tanpa usaha. Dan juga mereka yang berusaha tanpa doa
Ingatlah, orang yang bersinar dalam gelap jahilliah itu adalah mereka yang berusaha dengan tawakkal yang benar, bukan hanya dengan beretorik semata-mata.
Di Eid Adha ini, marilah kita memeriksa kembali ketawakkalan kita kepada Allah. Apakah benar atau hanya sekadar ucapan di bibir??
Yang benar, bersyukurlah. Yang palsu, perbetulkanlah.
Semoga sinar pegorbanan ibrahim yang penuh dengan tawakkal tersemai ke jiwa2 kita.
Dan bertawakkallah, kemudian bersinarlah!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)























