Wednesday 1 February 2012

ALLAH S.W.T MENOLAK 1 DARIPADA 3 DOA RASULULLAH S.A.W

“Amir bin Said daripada bapanya berkata bahawa :
 Suatu hari Rasulullah s.a.w telah datang dari daerah berbukit.Selepas sampai di masjid Bani Mu’awiyah, baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama baginda. Kemudian baginda berdoa dengan doa yang panjang kepada Allah SWT.   Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah s.a.w pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :


“ Aku telah bermohon kepada Allah SWT 3 perkara, dalam tiga perkara itu Allah S.W.T hanya memperkenan 2 perkara sahaja dan satu lagi ditolak ”
1.       Aku telah bermohon kepada Allah swt supaya Ia tidak membinasakan umat aku dengan musim susah berpanjangan.
Permohonan ini  diperkenan oleh Allah SWT

2.       Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam ( seperti banjir yang telah melanda umat nabi Nuh )
Permohonan ini telah diperkenan oleh Allah

3.       Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka ( peperangan, pergaduhan antara sesama islam )
Tetapi permohonanku ini tidak diperkenan.

Saudaraku,

 Dewasa ini, orang islam bergaduh sesama  sendiri dan orang kafir bertepuk tangan dari belakang. Apakah  ini yang ingin kita lihat? Apakah tindakan kita?? Tidakkah kita mahu islam kembali gemilang seperti dahulu ? bangkitlah wahai saudaraku, tegakkan islam kembali megah, itu amanahmu!! Yakinlah dengan janji Allah S.W.T 


1 comment:

Nur Zulaikha said...

macam2 dh berlaku skrg ni..takut pun ade..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...