Thursday 27 September 2012

HEBATNYA AL-QURAN

Seperti yang kita tahu, sudah terserlah kehebatan Al-quran....Cuma ada yang mahu terima atau tidak sahaja... Yang bakal diceritakan mungkin ada yang sudah tahu, ini sebagai perkongsian sahaja....(^_^)


Dalam 6 perkara rukun iman, apa yang kita nampak secara fizikal??? Percaya kepada kitab?? kan??
5 perkara lain dalam rukun iman, kita tidak dapat kesan dengan pancaindera

Proses kejadian alam semestar juga ada terkandung dalam Al-Quran... Antaranya :

1) Bumi berbentuk Geosfera
     -ini tertulis di dalam surah An-Naziat


2)Cahaya bulan adalah cahaya pantulan bukan cahaya sendiri
     -Surah Al-Furqan




3) Matahari mengelilingi pusat bima sakti dan berputar pada paksinya
    -Surah Anbiya



Terlalu banyak maklumat, kisah, rahsia tersirat yang dapat diungkai daripada Al-Quran.... Peringkat pertama kita perlu membaca Al-Quran...Kedua, kita perlu memahami maksud yang terkandung dalam setiap perkataan, ayat dan surah....Ketiga, kita mengamalkan apa yang difahami dalam hidup (^_^)

Bacalah Al-Quran, biarlah sedikit, tersangkut...Bukan yang tersangkut itu dinilai oleh Allah...Usaha dan niat yang ikhlas paling utama....Makanan rohani juga perlu diisi..... Biarlah sedikit, sikit-sikit lama-lama  jadi banjaran....huhuhu...

Renungan untuk diri sendiri yang tersangkut membaca dan perkongsian bersama rakan-rakan....(^_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...