Wednesday, 17 October 2012

SI KENIT

Kisah Si Kenit ini lebih kepada seekor penguin......


Penguin jantan dan betina akan merentas kawasan antartika beribu batu untuk mencari pasangan hidup.....Selepas beberapa ketika menjumpai pasangan yang sesuai, akan lahirlah generasi yang akan menyambung spesis mereka....


Sebelum Si Kenit lahir, ibunya akan keluar mencari makanan manakala si bapa pula akan mengeram telur yang insyaAllah akan melahirkan Si kenit....Si bapa akan mengeramkan telur selama 65 hari, berdiri secara statik, suhu sekeliling yang terlalu sejuk dan hinggakan berat badan si bapa akan hilang separuh....



Selepas Si Kenit melihat dunia, mulalah tugas si bapa mengajar Si Kenit mengenal erti hidup....
 Si Kenit akan senantiasa berada di atas kaki si bapa untuk belajar berjalan..... Bermulanya dengan langkah kecil hinggalah saat Si Kenit mampu bejalan dan bangkit semula...

Dan pesanan si bapa kepada anaknya, moga kamu dapat bekorban lebih dari ini.....



Sedarlah wahai Si Kenit, ingatlah jasa ibu bapa mu, balaslah dengan sedaya mungkin.... Jadilah yang terbaik...Gunalah peluang yang ada menimba ilmu dan mencari pengalaman....


Terdapat sebuah kisah lain betapa besarnya pengorbanan seorang ibu....
Seorang ibu yang lumpuh mahu menunaikan haji dan anak lelakinya menangkat ibunya sepanjang proses melaksanakan haji... tawaf, sai dan sebagainya... Selepas semua ini dilakukan, pemuda atau anak lelaki tersebut datang kepada Rasulullah s.a.w... "ya Rasulullah, adakah aq telah membalas semua jasa ibuku setelah apa yang telah aq lakukan???" Rasulullah menjawab, "sedarlah kamu bahawa, kamu hanya membalas sedkit sahaja daripada apa yang kamu lakukan"


Tenangkan fikiran,lapangkan dada....Jadilah insan yang dirahmati oleh Allah... Usahalah menjadi yang terhebat di sisi Allah....Hanya Allah mampu melihat apa yang kita lakukan...


-Daripada : kami a.k.a saya... (^_^)



1 comment:

deno said...

comel betul penguin ni kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...